Connect with us

Selebriti

Bakal Menceburi Bidang Lakonan, Anak Norman Hakim & Abby Abadi Tolak ‘Scene’ Bersentuhan

Menjadi anak dari pasangan selebriti semestinya mempunyai peluang yang tinggi untuk menceburi bidang lakonan mahupun nyanyian. Mungkin kerana ada di antara mereka yang meminati pekerjaan yang dimiliki oleh ibu bapanya itu. Perkara ini juga boleh menjadi semangat buat individu yang meminati dunia industri seni.

Pun begitu, sama juga dengan anak bekas pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi ini yang pernah memasang niat untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Baru-baru ini anak sulung kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohd Danish Hakim 19 tahun yang juga peserta program Fit Action ini berkata ibunya pernah menentang hasratnya untuk menyertai program pencarian bakat lakonan tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, dengan niat yang tekad untuk menceburi bidang lakonan dia berjaya memujuk dan menyakikan ibunya serta mendapat sokongan daripada bapanya.

“Ayah memang sokong keputusan saya, tapi mak saya pula sebaliknya. Pada awalnya, dia tak setuju untuk saya sertai program ini dan melangkah ke dalam industri seni. Antara apa yang dikongsikan adalah, mengenai sisi gelap industri ini. Tapi, Alhamdulillah, dia dah makin faham minat saya dalam bidang lakonan dan dia dah mula terima,” katanya.

Difahamkan, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof juga pernah memberikan pendapatnya terhadap hasrat Danish dan mengatakan dia bukan orang yang sesuai untuk menjadi anak seni kerana ilmu agama yang dimilikinya.

“Sedikit kisah yang saya boleh kongsi, Abang Syamsul Yusof pun pernah menghalang saya (daripada menjadi pelakon) sebab dia cakap, saya tak sesuai jadi artis. Saya lebih sesuai jadi ustaz. Mungkin disebabkan muka saya yang nampak macam ‘budak baik'” ujarnya.

Namun, Danish tetap berpegang kepada prinsipnya untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon. Dia juga bakal meminta bantuan pengarah untuk mengajar dirinya berkenaan teknik kamera yang melibatkan babak-babak lakonan.

“Saya dah jelaskan kepada pihak produksi bahawa saya tak boleh buat babak-babak bersentuhan. Orang tahu latar belakang saya sebagai pelajar agama, jadi saya perlu menjaganya.”

“Tapi, andai kata saya perlu juga berlakon babak bersentuhan, saya akan minta bantuan kru atau pengarah untuk mengajar saya teknik kamera dan sebagainya. Selain itu, saya juga jelaskan kepada mereka bahawa saya perlu terus menunaikan solat apabila masuk waktu,” tambahnya lagi

Sekadar info, program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 12 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan. Mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam filem aksi terbitan Grand Brilliance.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.