Connect with us

Viral

Bakal Pengantin ‘Pergi’ Dijemput Ilahi Selepas Ambil Pasport Untuk Bulan Madu

Seorang wanita yang juga bakal pengantin meninggaal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu insiden.

Mangsa yang terlibat adalah Fadhillah Muhammad Hussain yang kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan jalan Yishun Avenue 8, Singapura.

Apa yang lebih menyedihkan apabila bakal pengantin ini sebenarnya baru sahaja pulang mengambil pasport barunya di Jabatan Imigresen dan Pusat Pemeriksaan.

Bakal melangsungkan perkahwinan bulan hadapan

Wanita dan bakal suami dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan dan akan berbulan madu di Itali selepas itu.

Kisah wanita ini telah mendapat lebih 15k retweet di laman Twitter, luahan Dian Syuaa yang bersedih dengan pemergian bakal pengantin ini yang tanpa disangka telah mendapat perhatian ramai.

Selain itu, menerusi laporan laman mothership.sg, mangsa telah dijumpai berhampiran motosikal jenis Honda CB150R miliknya yang berwarna hijau gelap.

Tiada sebarang petunjuk dan saksi

Walau bagaimanapun, menurut keluarga tiada sebarang petunjuk atau saksi yang tampil memberi keterangan berkenaan kes kemalangann tersebut.

Difahamkan kemlangan itu berlaku ketika waktu kemuncak sebelah petang pada hari Selasa, 14 Januari lalu.

Sementara itu, keluarga yang terkejut menerima berita itu turut memohon saksi kejadian tampil membantu siasatan lanjut.

Tidak menolak kemungkinan 

Menerusi The New Paper telah melaporkan ahli keluarga tidak menolak kemungkinan Fadhillah telah menjadi mangsa langar lari.

Oleh itu, keterangan saksi yang melihat apa yang telah berlaku kepada Fadhillah adalah sangat diperlukan untuk menuntut keadilan.

Selain itu menurut sepupu mangsa memberitahu, Fadhillah membeli motosikal lebih kurang 3 tahun lalu dan dia adalah seorang penunggang yang baik sepanjang tempoh tersebut.

Kami sekeluarga masih bersedih dengan apa yang terjadi. Semua persiapan perkahwinan telah siap.

Bakal berbulan madu ke Itali dan Europe

Majlis perkahwinan tidak lama lagi dan dia bakal berbulan madu ke Itali dan Europe dengan bakal suaminya.

Semua orang ahli keluarga masih terkejut menerima berita ini dan tunangnya juga sangat sedih.

Kami berharap agar punca sebenar kejadian yang berlaku keatas Fadhillah dapat dikenalpasti supaya kes dapat ditutup.

Mangsa seorang yang merendah diri dan pendiam

Menyifatkan sepupu seorang yang merendah diri dan pendiam, kehilangan mangsa amat dirasai seluruh ahli keluarga.

Selain itu, mangsa yang merupakan seorang jururawat meninggal dunia akibat kecederaan ketika dalam perjalanan ke Hospital Khoo Teck Puat.

Semoga ahli keluarga, kenalan dan tunang mangsa diberikan kekuatan mengharungi ujian ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.