Baru-baru ini tular di media sosial dimana penyokong Harimau Malaya raih pujian ramai apabila mengutip sampah sarap sebelum meninggalkan stadium bahkan ramai yang akui sikap bertanggungjawab tersebut sepatutnya dicontohi oleh orang ramai.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang seakan membuat onar di dalam stadium dan akhirnya memalukan nama pasukan serta menjadi bualan di laman sosial media.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membaling sos cili yang diletakkan didalam cawan pada penyokong yang hadir nyata membuat ramai kurang senang.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan mereka sedang melakukan sorakan buat pasukan Malaysia ketika saingan AFF Mitsubishi 2022 yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Lebih kebudak-budakkan apabila dia memuat naik video terbabit ke akaun TikTok dan sudah pasti menjadi tatapan umum.
Walau bagaimanapun, pengguna Twitter @bluerghhh itu telah memuat naik tangkapan layar mesej yang diterima daripada salah seorang individu yang berada dalam kelompok Ultras Malaya sewaktu di stadium.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan tindakan tidak bermoral lelaki tersebut malah akui perkara tersebut sanglah melampaui batas kerana menganiaya orang lain.
Bukan itu sahaja, netizen juga simpati dengan nasib individu yang terkena tempias sos cili tersebut kerana sudah tentu ia akan menyebabkan seseorang tidak selesa dan rasa melekit.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter:
Tidak kira lah macam mana ‘vibes’ sekali pun, kebersihan stadium tetap harus dijaga dan saling hormat menghormati antara satu sama lain serta yang lebih penting adalah jangan menjejaskan imej pasukan negara yang ketika itu bertanding melawan pasukan negara luar.