Connect with us

Viral

Bantai ‘Tuck In’ Baju Hujan, Respon Comel Pakcik Ini Buat Ramai Rider Terhibur!

Ramai diantara kita yang suka akan kekemasan terutamanya kekemasan dari segi pakaian dan diri sendiri kerana penampilan mencerminkan siapa diri kita yang sebenar.
Iospital phone repair gombak
Bukan itu sahaja, pakaian yang kemas juga dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang apatah lagi bila berdepan atau berjumpa dengan orang lain.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baur-baru ini dimana seorang pakcik tuck in baju hujan didalam seluar telah mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @joerizal, kelihatan seorang rider berada di sebuah stesen minyak sebelum tiba seorang pakcik yang turut mengisi minyak disitu..

Pun begitu, oleh kerana dia tuck in baju hujan, pemuda tersebut menegur pakcik itu dengan memberi tahu baju hujan tidak perlu di tuck in.

“Baju hujan jangan tuck in,” katanya pemuda tersebut.


“Tak boleh nanti basah.” ujarnya sebelum semua yang berada di situ termasuk dia ketawa.

Bagaimanapun, mungkin juga pak cik itu sudah terbiasa tuck in baju hujan dan selesa dengan cara itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dan memberikan reaksi masing-masing mengenai perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui turut melakukan perkara yang sama kerana berasa lebih selesa malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin pakcik tersebut belajar tuck in daripada video Jep Sepahtu yang tular terdahulu.

Antara komen warga maya;

“Hahaha senang, time speeding pon baju tak kembang”

“Weyhh aku tuck in doo baju hujan.. mak bebel kalau tak tuck in”


“Kenapa aku rasa respond brother tu comel”

“hahahaha style orang lama tuck in”

“Ulang banyak kali tak jemu dengarr..”

“Mesti belajar kat Jep Sepahtu”

“Sama macam aku pakai baju hujan tuck in juga.. lebih selesa nak fly time hujan..”

“First time tengok baju hujan masuk dalam..”

“Comey la.. banyak tengok Jep la ni..”


Video yang tular di laman TikTok:

@joerizal Ride ke jelubu. #kualaloco ♬ bunyi asal – Joe Rizal

Continue Reading
Advertisement