Connect with us

Viral

Bantu Ibu Masak Sambal Petai, Tapi Gaya Macam Nak Pergi Berperang Buat Netizen Terhibur

Ramai diantara ibu bapa yang sudah mengajar anaknya untuk melakukan kerja rumah pada usia muda kerana dengan hasil didikan tersebut dapatlah mereka berdikari satu hari nanti.

Pun begitu, ada juga anak-anak yang pantang melihat kerja rumah, pasti akan membantu dengan sukarela walaupun tanpa disuruh.

Sama juag dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak yang berusaha membantu ibunya menyediakan hidangan dengan memakai helmet seperti hendak berperang mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Ibunya, Siti Emiela Mat Nawi, 36, berkata pada hari tersebut dia mengalami masalah migrain yang terlampau menyebabkan anaknya terpaksa memasak makanan itu sendiri.

“Waktu siang tu saya nak masak makan tengah hari lauk sambal udang petai. Tapi badan mula rasa tak sedap, sakit kepala sebab migrain yang sangat teruk.”

“Memang tak mampu masak jadi tapaukan saja untuk keluarga. Malangnya sampai dah lewat lebih pukul 10 malam pun saya masih tak boleh nak memasak,” katanya.

Disebabkan rasa kasihan kepada anaknya, Muhammad Darwisy Nazeef, 10, Amy meminta si suami, Muhamad Sharif Sukoria, 42, dan anak-anak lain untuk membantunya menyiapkan sambal udang petai.

Namun, ujar ibu kepada lima cahaya mata ini, dia amat terkejut setelah melihat anaknya berlindung di sebalik ‘perisai’ yang direka sendiri bagi mengelakkan terkena percikan minyak.


“Saya kasihan pula dekat Darwisy sebab itu memang makanan kegemaran dia. Jadi malam tu saya bahagikan tugas untuk mereka termasuk suami untuk bantu siapkan masak sambal tu tapi baba (suami) cuma tolong kisarkan bahan saja.”

“Abang Darwisy tolong potong bawang dan kupas petai. Untuk menumis memang Darwisy dah cakap awal-awal dia nak buat malam tu. Jadi semuanya Darwisy siapkan sendiri. Saya bangun tidur dan tengok dia dekat dapur tu macam nak berperang dah”

“Tapi saya tak terbayang pula sejauh tu di nak pakai ‘perisai’ untuk elak terkena percikan minyak. Saya tak sangka dia nak pakai helmet, sarung tangan dan apron malam tu.”

“Masa saya tegur waktu dia khusyuk masak tu dia terkejut. Nasib baik tak jatuh sebab terpaksa berdiri atas kerusi sebab tak sampai nak kacau tumisan. Alhamdulillah cili tu dia berjaya tumis sampai ‘pecah minyak’ punyalah dia nak makan juga sambal udang malam tu,” ujar Amy.

Wanita ini juga berkata Darwisy merupakan anak yang ringan tulang dan meringankan kerja dengan membantunya ketika sibuk memasak di dapur.

“Saya dan suami selalu sibuk sebab kami berniaga. Memang banyak masa dihabiskan dengan melakukan kerja di luar.”

“Darwisy memang selalu masak dekat rumah kalau kami tiada. Kiranya boleh harap dia uruskan diri sendiri untuk makan. Dia boleh tanak nasi, goreng telur dan goreng makanan segera,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@amyysharifflegacy♬ original sound – TPM – تڠکو احمد اسماعيل

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.