Connect with us

Viral

Bantu Kucing Ketika Poket ‘Kering’, Dua Sahabat Tak Sangka Rezeki Makin Melimpah Ruah!

Tidak kiralah agama apa sekali pun, pasti kita diajar untuk tidak menganiaya malah berbuat baik terhadap haiwan.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tindakan dua sekawan ini membantu kucing mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar,seorang pekerja penghataran J&T, Muhammad Nurfais atau Acak yang kini membela enam ekor kucing di kediamannya di Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

Dia sebelum ini hanya membela lima ekor kucing, namun baru sahaja menyelamatkan seekor lagi si bulus yang cedera minggu lalu sebelum ia dibawa menjadi penghuni terbaharu kediamannya.

“Minggu lepas saya jumpa seekor kucing jalanan yang terhencot-hencot, macam baru kena langgar. Saya dah ada lima kucing di rumah, duduk apartment tak boleh bela banyak-banyak.

“Tapi saya tetap ambil dan bawa pulang. Saya beri nama Dido. Saya tak hantar ke klinik sebab tahu sikit-sikit cara untuk rawat. Dalam seminggu Dido dah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan macam biasa,” ujarnya.

Acak turut memaklumkan rezekinya melimpah ruah secara tiba-tiba sejak dia membela Dido, sekali gus membuatkan dia semakin bersemangat untuk membela nasib haiwan-haiwan jalanan.

“Sejak bela Dido, Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Ada dapat jemputan reviu. Makanan kucing yang saya jual melalui TikTok pun laris. Apa-apa haiwan yang kita bela dengan baik, mereka pasti doakan kita.”

“Murah rezeki kalau bela haiwan. Cepat atau lambat, rezeki itu pasti datang. Dulu saya pernah ada RM50 untuk bertahan sampai hujung bulan, tapi tetap bantu seekor kucing untuk dibawa ke klinik.”


“Saya percaya akan keajaiban. Pada masa itu, klinik hanya minta saya bayar RM25. Jadi baki selebihnya RM25 untuk saya. Tanpa disangka-sangka, dalam beberapa hari selepas itu saya dapat duit cashback, sedangkan duit itu sepatutnya lambat lagi akan masuk,” dedahnya.

Tidak cukup dengan itu, rakan acak yang dikenali sebagai Mohd Haziq Mansor turut berdepan kejadian hampir sama, pada Rabu tengah hari di kawasan perindustrian berdekatan Kapar, Klang.

“Saya melalui sebuah jalan shortcut berdekatan kawasan perindustrian. Memang jarang orang lalu jalan tu. Kebetulan saya lalu, nampak ia terbaring. Saya ingatkan dah mati, jadi saya nak tolong alih.”

“Ketika menghampirinya, saya dengar suara. Kucing tu macam kekeringan air dalam badan, ia tercungap-cungap di atas jalan raya yang panas dalam 2.30 petang. Saya rasa ia jatuh dari enjin kereta.”

“Saya tak ada pengalaman jaga kucing. Ini pengalaman pertama. Jadi saya tanya Acak, sebab dia pakar bab kucing. Dia minta saya bawa ke klinik. Agak risau juga berapa kosnya, sebab saya belum gaji lagi.”

“Tiba-tiba nak kena tanggung kos rawatan kucing pula. Tapi Alhamdulillah, saya hanya bayar dalam RM29. Kucing tu ada cedera sikit, kakinya macam terseliuh. Sekarang saya yang bela, saya akan jaga sampai sihat,” ujarnya.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman namun dia tetap berusaha membantu kucing tersebut agar tidak mati kepanasan di atas jalan raya.

“Bila nampak ia di atas jalan, saya rasa tak boleh tengok dalam keadaan macam tu. Apatah lagi kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah. Takkanlah saya dah lalu tapi nak biarkan kucing tu.”

“Kalau biar, memang tak selamat. Saya juga mesti akan rasa bersalah.Walaupun saya bukan pencinta kucing, sifat kemanusiaan itu ada. Bila dengar suara kucing tu menjerit-jerit masa tengah baring atas jalan, memang sedih sangat,” ujar pemuda itu lagi.

Video yang tular:

@acak_east Kenapa kau buat macam ni kat kucing!!! #fyp #foryoupage #foryou #catlovers #catsoftiktok ♬ Kehilangan (feat. Hendri Lamiri) – Firman

@acak_east RM50 atau kucing lebih penting!!! #fyp #foryoupage #foryou #catlovers #cats ♬ Kasih Sayangilah Aku – Dadali

Continue Reading
Advertisement