Ramai NGO yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan termasuk salah seorang insan yang bernama Uncle Kuan.
Uncle Kuan kongsi rezeki tanpa mengira kaum, agama dan bangsa
Beliau sering berkongsi rezeki dan pelbagai kisah mengenai keperitan hidup yang dilalui oleh masyarakat melalui Facebook miliknya.
Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kuan ini sering menjadi tumpuan netizen kerana kebaikan yang dihulurkan tanpa mengira bangsa dan agama.
Uncle Kuan tidak lagi dapat beri sumbangan
Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Uncle Kuan di Facebook, beliau memberitahu bahawa dia tidak dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan yang susah selepas ini.
Beliau akan memberi tumpuan untuk sumbangan makanan pula dan hanya diberikan kepada mereka yang tinggal di Puchong.
Kami tutup kedai dan gulung tikar
Jika sebelum ini, beliau sentiasa dilihat turun padang menghulurkan bantuan namun ketika ini beliau dana yang diperolehi sudah berkurangan.
“Notis pemberitahu. Kami tutup kedai dan gulung tikar. Kami kini hanya memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong sahaja. Oleh kerana dana kekurangan,“tulis beliau.
Tidak ada bantuan wang lagi akan diberi
“Kami sudah hentikan kiriman wang kepada mereka yang susah. Harap maklum. Tidak ada bantuan wang lagi akan diberi. Mohon contact dengan mana mana NGO lain”.
“Hanya ada makanan di dapur umum Chef Gemuk dan juga restoran Kiong Kee bagi non halal untuk Non Muslim”.
Ambulan dan van jenazah kami masih bantu
“Untuk mereka yang perlu ambulan dan van jenazah, kami memang bersedia bantu anda. Call saja 018 2683999. 01155052148 untuk bantuan ambulan”.
Walaupun bantuan duit sudah tidak disalurkan, namun Uncle Kuan masih memberi makanan kepada golongan yang memerlukan di Puchong.
Menurut beliau, tiada sebarang kiriman wang akan diberikan kerana dana yang diperoleh mereka sudah tidak mencukupi.
Netizen berterima kasih dengan khidmat bakti yang diberikan
Kepada sesiapa yang masih memerlukan ambulan dan van jenazah, Uncle Kuan sedia memberikan perkhidmatannya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen terima kasih dan menghargai jasa yang dilakukan Uncle Kuan selama ini.
Jasa dan pengorbanan Uncle Kuan amat dihargai
Malah, ada yang turut mengenang jasa dan pengorbanan Uncle Kuan terhadap masyarakat sangat berharga.
Semoga perniagaan Uncle Kuan kembali pulih dan diharap jasa dan pengorbanan Uncle Kuan boleh dijadikan contoh dan teladan buat kita semua.