Connect with us

Selebriti

“Banyak pengorbanan perlu saya lakukan” Zul Ariffin Mahu Perbetul Diri Demi Bakal Isteri

Pelakon lelaki popular Zul Ariffin yang merancang tamatkan zaman bujangnya, tahun depan mahu terlebih dahulu melakukan perubahan pada diri sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, lapor Berita Harian.

Pemuda yang berusia 33 tahun itu berkata dia tidak mahu terus terperangkap dengan perangai lama kerana perkahwinan menuntut komitmen dan tanggungjawab besar, terutama bagi lelaki sebagai ketua keluarga.

Menurutnya dia tidak mahu pasangannya teraniaaya jika terbawa-bawa perangai lama.

“Saya tidak mahu pasangan teraniiaya jika saya masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Begitu juga dalam soal lakonan, saya perlu lebih selektif bagi menghormati perasaan pasangan.”

Tambahnya lagi banyak pengorbanan yang harus dia lakukan untuk menjadi seorang suami.

“Banyak pengorbanan perlu saya lakukan sebagai persediaan menjadi suami,” katanya.

Selebriti berbadan sado itu yang telah muncul dengan filem Sangkar berkata, dia kini bekerja keras memastikan kedudukan kewangannya stabil.

“Saya bukan jenis lelaki yang mengharapkan duit perempuan. Kalau boleh, saya mahu menyediakan kelengkapan rumah tangga dengan duit sendiri. Jadi, segala persediaan saya lakukan dari sekarang.”

Zul juga berkata semua orang tidak perlu berteka-teki kerana apabila tiba masa beliau akan perkenalkan siapa geranag bakal isteri kepada semua.

“Siapa gerangan bakal isteri, saya akan beritahu kelak. Tidak perlu berteka-teki kerana tiba masa saya akan perkenalkan kepada semua. Apa yang dapat dikatakan, gadis istimewa ini akan mengejutkan ramai.

“Saya pandang tinggi soal perkahwinan dan mahu melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadi, saya harus perbetulkan diri, termasuk menjauhi perkara yang tidak enak pada pandangan mata,” katanya.

Zul Ariffin juga berkata dia merancang mengadakan upacara akad nikah di dalam negara, namun memilih Bali, Indonesia sebagai lokasi resepsi.

Malah, Zul juga tidak mahu majlis besar-besaran sebaliknya beliau mahu bersederhana.

“Untuk majlis resepsi, saya serahkan kepada pihak perempuan. Saya juga ada majlis perkahwinan impian, mungkin saya pilih Bali. Tidak perlu majlis besar-besaran, sebaliknya memadai bersederhana.

“Jangan bimbang, saya tidak akan berahsia mengenai hari bahagia,” kata Zul, mengakui turut mempersiapkan diri mendalami agama untuk membimbing bakal isterinya.

Semoga Zul Ariffin dan bakal isteri nanti akan berbahagia hingga ke jinjang pelamin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.