Neelofa bakal muncul dengan rancangan Next to Neelofa dan pelakon ini mempunyai sebab tersendiri untuk memilih Datuk Hans Isaac sebagai tetamu undangan pertamanya.
Menurut Neelofa, Hans antara individu terawal yang tahu mengenai program tersebut sejak lima tahun lalu.
Dia menjadi individu paling layak memulakannya
“Banyak sebab kenapa Lofa pilih Hans Isaac untuk menjadi tetamu undangan pertama Next To Neelofa”.
“Saya pernah memberitahunya mengenai konsep rancangan itu sejak lima tahun lalu dan sudah tentu dia menjadi individu paling layak untuk memulakannya”.
“Saya harap kalian suka dengan episod pertama ini sepertimana saya sendiri,” katanya.
Ramai sarankan memilih individu korporat atau ibunya Noor Kartini
Walaubagaimanapun, perkongsian Neelofa itu tidak mendapat respon yang baik dalam kalangan pengguna di Twitter.
Selain itu, ramai yang menyarankan agar Neelofa memilih individu lain antaranya tokoh korporat atau ibunya sendiri, Noor Kartini.
“Come on Fa dari Meletop pun dia, perlu sesuatu yang barulah, setakat nak naikkan rating, entah le”
Ini antara cadangan di ruangan komen oleh netizen
“Lebih baik you interview tokoh korporat Tony Fernandes, you punya rancangan ni mengenai mereka yang dekat dengan you ke atau mereka yang belum you kenal namun you nak kenal? Oklah itu saja,” antara reaksi netizen.
Baik jemput ibu awak untuk episod pertama
“Masalahnya, I dah jenuh tahu pasal dia dan you meliputi seni dan hal personal, dia yang bawa you ke dunia seni, itu telah ditakdirkan”.
“Dah 2020 dah Fa, google je pun peminat dah tahu. Kenapa you tak terfikir yang lebih menarik? Kalau macam tu lebih baik Mama you episod pertama,” sarannya lagi.
Jemput Ebit Lew atau Sugu Pavithra
Disamping itu, ada juga yang mencadangkan Neelofa menjemput Dato Siti Nurhaliza, Tun Mahathir, Ebit Lew ataupun Sugu Pavithra.
Namun begitu, masih ramai yang menyokong pilihan Neelofa untuk menjadikan Hans sebagai tetamu undangan pertamanya.
Difahamkan, rancangan Next To Neelofa bakal bersiaran mulai 23 Julai 2020. Neelofa sebelum ini merupakan pengacara rancangan Meletop.