Connect with us

Viral

Bapa Jual Sayur RM1 Tepi Jalan Selepas Gigih Kayuh Basikal Hantar 3 Anak Ke Sekolah Undang Sebak Ramai

Pengorbanan seorang ayah sememangnya tiada tandingan. Walaupun kelihatan diam dan bersahaja, namun dia sangatlah mahukan yang terbaik untuk keluarga tercinta malah tidak sanggup melihat anak-anaknya berada dalam keadaan susah.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah sanggup mengayuh basikal untuk menghantar tiga orang anaknya ke sekolah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan dia yang dikenali sebagai Julamri, 45, dia hanya mencari rezeki dengan berniaga sayur yang berharga RM1 seikat setiap hari dengan menggunakan sebuah basikal pemberian adiknya dan kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @AdrianEdy.

Memetik laporan mStar, difahamkan setiap tanaman yang dijual itu ditanam sendiri di depan rumahnya.

“Setiap hari pakcik Julamri pergi hantar tiga anaknya yang masih bersekolah dengan menaiki basikal seawal pukul 5.30 pagi.

“Kemudian dia akan berniaga di tepi sebuah jalan di Putatan bermula jam 8 pagi. Kadang-kadang tak habis. Dia jual sayur RM1 seikat.

“Ketika saya jumpa dengannya, saya beli semua sayur, itu pun baru RM20. Dia kata dia tanam sendiri depan rumahnya. Kangkung, kacang dan timun merupakan antara sayur yang dijual.


“Harganya terlampau murah. Tapi sayur-sayur yang dijual sangat segar, berbeza dengan sayur di kedai. Cuma susah orang nak berhenti beli, dia berniaga di tepi lampu isyarat,” ujar Edy

Dalam pertemuan itu, Edy turut membuat kejutan apabila memberi sumbangan wang tunai serta sebuah basikal baharu kepada Julamri.

Jelas Edy, dia mencari peniaga itu sejak tahun lepas lagi, namun baru berpeluang untuk berjumpa dengannya pada minggu ini.

“Saya dah tahu lama tentang pakcik Julamri. Dulu ada orang hantar gambarnya di Facebook saya. Dah setahun saya cari. Setiap kali pergi, tak jumpa.

“Baru-baru ini, kawan maklumkan dia terjumpa pakcik ni. Terus saya minta kawan tolong tanya pada pakcik Julamri. Akhirnya saya dapat jumpa juga dengannya.

“Dia terkejut saya bayar lebih masa borong semua sayurnya. Dia tanya macam mana nak balas? Saya kata tak apa. Kemudian saya tanya juga tentang basikal. Dia kata kalau basikal rosak, dia tak keluar berniaga.

“Jadi saya terus keluarkan sebuah basikal dan berikan kepadanya. Basikal tu memang saya dah beli awal-awal. Dia macam terkejut. Pakcik Julamri kata dia macam bermimpi dapat basikal. Terus dia menangis kat situ.

“Saya memang niat nak beli motosikal. Tapi dia tak ada lesen dan tak tahu menunggang motosikal. Sebelum ini dia guna basikal yang diberikan adiknya, dia nak beli sendiri tapi belum mampu,” cerita Edy lagi.

Menurut aktivis itu, biarpun Julamri hidup dalam serba kekurangan, dia tetap akan bersedekah sayur-sayuran buat jiran-jirannya setiap kali ia tidak habis terjual.

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@adrianedy7 Mengalir air mata pakcik Julamri, hadiahkan basikal baru buat dia, pakcik jual sayur RM1 di tepi jalan, paling banyak pernah dapat RM15 saja sehari, anak 5 orang, setiap pagi hantar anak ke sekolah gunakan basikal. Borong semua sayur pakcik jual 😭 #fyp #adrianedy ♬ SurgaMu – UNGU

Continue Reading
Advertisement