Anak merupakan amanah buat setiap insan yang bergelar ibu bapa. Selagi hayat dikandung badan, hendaklah ibu bapa memberikan kasih sayang serta didikan yang sempurna buat mereka.
Bagaimana pun, kebelakangan ini banyak isu kita lihat dimana anak diabaikan setelah pasangan tersebut berpisah. Tidak kiralah berpisah hidup mahupun berpisah mati. Namun anak-anak sering menjadi mangsa.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Raja Anita Raja Mukhtar, dia telah memuat naik kisah dua orang pemuda berusia 27 dan 25 tahun yang memilih hidup berdikari apabila bapanya bernikah lain setelah pemergian ibu tercinta.
Dapat kita lihat, dua orang pemuda ini berteduh di bawah jambatan. Apabila ditanya, sama ada mahu tinggal di tempat yang lebih selesa, si adik menjawab yang mereka sudah cukup bersyukur andai diberi tempat untuk berteduh walaupun kecil sahaja.
“Tiada perkataan, tiada gambaran untuk KakTa ceritakan dengan panjang keadaan tempat tidur anak muda ini.. bila ditanya nak duduk lebih selesa ke.. dia jawab kalau boleh nak duduk di pondok, kecil pun tak apa asalkan ada tempat berteduh” ujarnya.
Lebih memilukan adalah, abangnya mengalami sedikit tekanan lebih-lebih lagi dengan masalah yang mereka lalui ini.
Difahamkan, mereka sebenarnya mempunya 5 orang adik-beradik dan ada di antara mereka mengikut bapanya. Namun, disebabkan mereka berdua sudah dewasa, dua beradik ini memilih untuk tinggal di bawah jambatan sejak beberapa bulan lalu disamping terus bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat perkongsian tersebut apatah lagi dengan keadaan tempat berteduh yang serba serbi kekurangan.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan tentang fizikal mereka yang masih muda dan boleh kerah tenaga untuk bekerja.
Bagaimana pun, ada yang tampil memaklumkan mungkin ianya terbatas oleh kerana keadaan abangnya yang mengalami tekanan itu.
Antara komen warga maya:
“setiap orang masalah tak sama.. jangan lah kita nak judge semata-mata..”
“mungkin adik2 ni tak nak menyusahkan abah dia dengan keluarga baru.. sebab tu adik2 ni nak berdikari..”
“dalam kita nyenyak tidur atas tilam.. ada insan yang tidur beralaskan batu”
“umur muda lagi macam2 benda dia boleh buat, cuma mungkin terbatas disebabkan abang dia”
“umur 25 dengan 27 tu sepatutnya dah boleh berdikaari.. tak faham macam mana diorang boleh ambil keputusan duduk bawah jambatan instead of cari rumah sewa untuk berteduh”
Video yang tular di Facebook: