Connect with us

Viral

Baran Pemandu Enggan Berhenti Walaupun Lampu Merah, Akak RELA Baling Kayu Dekat Kereta

Sering kita lihat di atas jalan raya masih ada pemandu yang cuai dan pentingkan diri sendiri.

Terutama sekali di kawasan persekolahan yang sudah tentu ada ramai pelajar yang akan melintas.

Pemandu-pemandu ini seolah-olah tidak makan saman! Walaupun sudah ditegur, masih buat perangai sama.

Bercakap tentang pemandu degil, tular baru-baru ini apabila muncul dua buah video yang dirakam melalui dashcam memaparkan segelintir pemandu yang kurang bijak.

Isu yang sedang hangat diperkatakan di platform Twitter itu nyata berjaya mendapat perhatian ramai.

Video memaparkan seorang petugas RELA bertindak membaling kayu ke arah sebuah kenderaan yang enggan berhenti di lampu isyarat merah.

Tindakan itu dianggap wajar bagi netizen kerana ketika itu para pelajar sekolah sedang bersedia untuk melintas.

Manakala tindakan pemandu Perodua Ativa yang degil itu boleh mengundang bahaya kepada mereka!

Walaupun sudah dihambat kayu, pemandu itu memecut laju keretanya seperti tiada apa-apa yang berlaku!

Untuk pengetahuan semua, kejadian dalam dua buah video ini terjadi di sebuah lokasi yang sama. Difahamakan ianya terkenal dengan kawasan pelajar sekolah melintas jalan.

Lokasi ini turut dikatakan pernah berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa akibat dilanggar dengan kereta pada 2020 lalu.

Walaupun rakaman ini baru sahaja dikongsi oleh @MALAYSIAVIRALL, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 106.1 ribu!

Video yang tular di laman Twitter:

“She deserves awards 2 video di tempat yang sama. Kawasan ramai budak sekoah melintas jalan. Lokasi yang sama pernah berlaku kemalangan. Budak sekolah meninggal kena langgar dgn kereta pada tahun 2020.”

“Kiri kanan budak nak melintas jalan, trafic light dh merah pun still tak nak berhenti..”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong tindakan akak RELA itu. Dia turut dikatakan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Netizen yang bengang melihat insiden itu turut berharap agar tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak berkuasa agar tidak berlaku lagi perkara sebegini.

Berikut antara komen-komen netizen di Twitter:

“Kagum tengok dia betul2 amanah jalankan tanggungjawab dia. Kereta2 yang langgar lampu ni ada masalah buta warna kot, tak pun buta hati.

“Dah terang2 merah. Siap cik RELA tu terpacak betul2 depan tu. Semoga Allah Ar-Rahman merahmati akak RELA ni”

“Dekat overseas lollipop lady mcm ni sgt disayangi samada oleh bdk² atau parents sbb dorg betul² jaga trafik waktu bdk nk melintas. So syabas Akak lollipop lady kita. Baling batu bata plak next time.”


“Laju2 kereta bila nampak garisan kuning . Takda sivik . Aku nak melintas pun takut . Padahal aku berdiri tegak kat garisan kuning . Gila”

“Bagi la cota kat akak ni. Biar dia baling sampai calar kereta tu pun takpa. Moga Allah lindungi akak ini dari segala musibah”

“Sesiapa tolong bagi dia batang besi next time, kasi tahu sikit maksud warna lampu tu”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.