Connect with us

Viral

Barista Pening Layan Pelanggan, Sengaja Order Add-On Item Dekat Remarks Elak Kena Bayar Lebih!

Tidak dinafikan, pelanggan sememangnya mempunyai pelbagai jenis ragam dan sehinggakan terkadang penjual ‘pening’ nak melayan ragam mereka.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, bila order makanan di atas talian, ada ruangan dimana kita boleh membuat pesanan tambahan seperti minta agar kurang pedas, extra pedas atau pun taknak sayur dan bermacam lagi.

Namun tidaklah kesemua permintaan boleh ditulis di ruangan tersebut. Ada juga permintaan yang boleh customize dengan memilih ‘add-on’.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang barista bingung dengan gelagat pelik pelanggan atas talian mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @awishhhhhhhhhhh, dia pelik dengan pelanggan yang sengaja request add-on pada bahagian remarks untuk elakkan caj tambahan.

Difahamkan, sesetangah menu menawarkan add-on bagi menepati citarasa pelanggan. Namun, pelanggan sepatutnya memilih add-on ketika pesan makanan atau minuman dengan caj tambahan, bukannya titip pesanan pada bahagian Remarks.

Menurut barista ini, dia hanya boleb menunaikan beberapa permintaan sahaja menerusi remarks contohnya air kurang manis ataupun ais lebih.


Bagi permintaan lain seperti extra Caramel, whipped cream atau tukar jenis susu, dia tidak dapat menuruti kerana perkara tersebut perlu dipilih di bahagian add-on ketika memesan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sokong dengan apa yang dikatakan oleh barista ini malah ada juga yang mempunyai pengalaman yang sama ketika bekerja di bahagian f&b.

Ada juga yang akui pernah mendapat seorang customer yang orang makan, padahal dia hanya bayar untuk satu hidangan.

Malah, ada pula yang minta extra telur mata lagi, padahal boleh saja nak add-on sebelum buat pembayaran.

Antara komen warga maya:

“Pernah kena, minta nasi goreng nak dua orang makan, belinyaa satu je, dasyat bethol permintaan aneh2 kan geram je”

“Pernah jadi pastu terus aku call cust tu”


“Saya rider pon kena bising customer spesis macam ni siap samapai2 check terus pastu bising kenapa tak ada itu ini.. makaan dah seal takkan nak koyak tengok pulak”


Video yang tular di laman TikTok:

@awishhhhhhhhhhh entahlah @heyyo ♬ Apeni Aina Abdul – AinaAbdulDevotee

Continue Reading
Advertisement