Satu kecelakaan jalan raya yang melibatkan empat orang guru selepas kereta yang dinaiki mereka sekerja terbabas sebelum terjunam ke gaung.
Kejadian dilaporkan berdekatan dengan Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar di sini, pagi tadi benar-benar mengejutkan ahli keluarga.
Seorang guru yang terkorban baru sahaja 10 hari bergelar isteri
Difahamkan, seorang guru yang yang terkorban dalam kemalangan di Kampung Kijang berhampiran Jambatan Merotai awal pagi tadi baru melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu.
Mangsa adalah Dayana Damsah, 27, dilaporkan terkorban di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki bersama tiga rakan sekerjanya terbabas sebelum terjunam ke gaung.
Menurut Ibu mentua mangsa, Pujiah Narusin, 56, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tawau berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya, Nurhan Ayub, 27 suami kepada Dayana yang memintanya segera ke hospital kerana menantunya itu terbabit kemalangan kira-kira 7.50 pagi.
Ada mangsa yang terkorban dan perlu pengecaman ahli keluarga
“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa yang terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga,” katanya.
Ujar Pujiah lagi, Dayana dan anaknya melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu dan majlis kenduri dibuat di kediaman sebelah pihak perempuan di Kampung Pasir Putih, dekat sini, pada hari yang sama.
Kenduri baru sahaja diadakan Sabtu lalu
“Pihak kami pula baru sahaja selesai mengadakan kenduri pada Sabtu iaitu 1 Ogos lalu di Kampung Muhibbah, sebelum Nurhan pulang bertugas di Kemaman, Terengganu petang semalam,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa menantunya itu.
Menerusi laman Facebook, suami mangsa turut memuat naik satu status dilaman Facebook memohon doa orang ramai buat isterinya yang terlibat dalam nahas tersebut.
Memetik laporan Berita Harian, seorang lagi rakan mangsa, Nurizyani Kafli@Masri, 24, turut dilaporkan terkorban semasa menerima rawatan di Hospital Tawau.
Dua lagi rakan cedera parah dan mendapat rawatan di hospital
Manakala dua lagi rakannya Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin cedera parah serta mendapat rawatan di hospital yang sama.
Kesemua mangsa mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dan dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah ketika kejadian berlaku.
Sementara itu, suami mangsa yang bekerja sebagai jurutera dengan syarikat minyak dijangka tiba dari Terengganu jam 7 malam ini.
Semoga ahli keluarga tabah dengan kehilangan insan tersayang dan diharap dua lagi rakannya dalam keadaan stabil.