Tanpa kita sedar, banyak sebenarnya cabaran yang perlu ditempuh oleh peniaga-peniaga di bazar Ramadan. Berniaga ketika berpuasa bukanlah sesuatu yang mudah.
Tambah-tambah lagi dengan faktor cuaca yang tidak menentu di banyak negeri. Hanya Tuhan sahaja yang tahu penat lelah mereka ini.
Persis rakaman yang tular baru-baru ini di mana seorang isteri terhibur melihat gelagat suaminya yang terbaring di lantai gara-gara penat menjual di bazar.
Difahamkan, @asiahsaad93, pemilik video di TikTok ini dan suaminya merupakan peniaga ayam panggang.
Yang lebih mencuit hati ramai, dalam pada wanita ini menyiapkan perapan ayam, suaminya yang muncul dari satu ruang sambil menolak satu besen berwarna biru tiba-tiba ‘rebah’ sambil mukanya menunduk ke bumi!
Bukan setakat netizen, si isteri turut ketawa melihat suaminya. Pun begitu dia faham akan punca suaminya kepenatan iaitu disebabkan cuaca panas, mengakibatkan kelesuan.
Bagaimanapun, wanita ini bersyukur dengan rezeki Allah dan akui mereka suami isteri enjoy walaupun setelah pulang ke rumah nanti masing-masing kesengalan badan.
Meninjau ke ruangan komen, antara yang memberikan respons adalah peniaga bazar sendiri yang mengatakan mereka turut merasakan kepenatan yang sama.
Lagi-lagi dek cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini. Pun begitu mereka faham akan situasi yang dihadapi pasangan ini malah mendoakan yang terbaik buat mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“cuaca bazar Ramadhan tahun lain mcm,TENGAHARI PANAS SGT2..PASTU waktu puncak Kul 5-6 hujan,pastu 6 akan stop…tawakal jer..”
“sy nega murtabak…hampir² terrrr dah td😂😂..dah la kiri kanan depan semua ayaq balang…adoiii….”
“Sungguh lah tu. Saya jual roti john pun rasa mcm nak pengsan dah 🤣. Dia bagi panas pastu petang org balik kerja tu hujan pulak dah hahahaha”
“sempoi bang…hahaha..X larat sgt 2😂”
“kesian bang..tgk duit2..jd semangat terus😂😂😂”
Video yang tular di laman TikTok