Connect with us

Viral

Baru 6 Tahun Dah Boleh Buat Kuetiaw Goreng Sendiri, Gaya Adik Ini Memasak Curi Perhatian Netizen

Anak-anak ini sifat semula jadi mereka mudah mengikut dan mempelajari sesuatu perkara yang baru.

Iospital phone repair gombak

Oleh hal demikian, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti melukis, menyanyi, mahupun memasak!

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun sedang memasak seperti sudah biasa sahaja memasak di rumah telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @_NazriH itu, kelihatan kanak-kanak itu memasak kuetiaw goreng di dapur rumahnya.

“Serious lah umur 6 tahun dah masak Kuey Tiaw Goreng. Impress gila

“Korang umur 6 tahun reti masak apa?” tulisnya di ruangan kapsyen ciapan tersebut.

Berdasarkan video berkenaan, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang dipantau oleh bapanya sewaktu menggunakan peralatan dapur.

Dapat dilihat kanak-kanak itu tidak kekok langsung mengendalikan alatan dapur tersebut.

Apabila menjengah di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan skil memasak kanak-kanak yang hanya berumur 6 tahun itu.

Dalam pada itu, ada juga beberapa individu yang berseloroh mengatakan bahawa mereka hanya pandai memasak dalam ‘game’, dan pandai memasak daun ranting sahaja ketika mereka berusia 6 tahun.

Antara komen netizen:

Hantaran Twitter yang tular:

Continue Reading
Advertisement