Kehilangan anak yang dikandung selama 40 minggu adalah ujian yang hebat sehingga boleh menyebabkan trauma sepanjang hayat.
Hanya sempat bersama beberapa hari, si anak kembali kepada Maha Pencipta ialah satu kenyataan yang sukar untuk diterima.
Namun segalanya diserahkan kepada Allah Maha Mengetahui yang telah merancang, ujian yang hebat hanya untuk hambaNya yang kuat.
Semalam, tular kisah seorang ibu muda yang menceritakan kisahnya kehilangan bayi berumur dua bulan akibat jatuh di celah katil.
Hantaran Facebook itu telah dikongsi di sebuah page bernama Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).
Ibu yang menggunakan nama Thira Mishu di Facebook itu mengaku, walaupun sudah 11 hari ketiadaan anaknya, dia tetap trauma dan takut untuk masuk ke bilik tidur oleh kerana asyik terbayang wajah anaknya.
Melihat katil yang ada di dalam biliknya juga cukup menggerunkan. Apatah lagi untuk ibu tersebut tidur di atasnya.
Thira juga mengaku, dia baru sahaja tinggal di rumah baru itu selama sebulan, namun perasaannya berkecamuk. Sehingga nak gila dibuatnya!
Thira turut bercadang untuk berpindah dek kerana trauma yang dirasainya.
Menjengah ke ruangan komen pula, wanita itu sempat menceritakan bagaimana perkara itu berlaku.
“Masa ambil baby celah katil xde apa yg himpap dia . tapi katil tu betul2 rapt sngt dgn dia , suami nk angkat dia bwak kluar dri celah tu pon susah, terpaksa alihkn katil sikit.
“Dan msa husband ambk celah tu sye kt ruang tamu tngh cari baby . masa jumpa dia tu sye tngok muka lpstu pelik jumpa dh xbersuara .
“Kuat hati sye ckp dia dh pergi lama .masa sye sambut dri tangan suami sejuk pucat dh anak sye.
“Ya allah meraung satu umh sye xboleh brain . and sye start kereta hntr hospital terus . and hospital sah kan baby mmg dh xde msa sye hntr kt hospital and keputusan dia xtau sbb apa dia pergi terpaksa buat post-mortem sbb bby meninggl kt rumah and angap sye deraa.
“Sye izin kan dgn hati yg hancur menangis meraung tunggu ank sye satu hari suntuk kt hospitL .
Leps dapat je baby dri pihak hospital . sye hntr masjid urusan jenazah mandi dan kafan kn . masa buka je kain dia .
“Ya Allah penuh dgn jahitan di kepala dgn bdan . rebah terus sye . dgn polis and forensik ckp sye mcm2 pasal ank. dorg bedah2 ank sye . yg xde sakit cacat cela . allahu .. sedih saya”
Rata-rata netizen bersimpati dengan Thira yang baru sahaja kehilangan anak tersayang.
Tak kurang juga yang memberikan pandangan dan pendapat masing-masing dalam membantu ibu muda ini.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook:
“Bukan jatuh tepi katil ke ni. Celah tu antara katil dan dinding kan?”
“Umur 2 bulan baby dah blh gerak ke?tkut rumah tu ad smthg ke..takziah awk”
“Maaf bertanya, hujung tu takde tutup dengan bantal apa2 ke untuk halang baby kena dinding?”