Pelakon popular, Yana Samsudin malam tadi telah memaklumkan khabar duka di mana adik lelakinya telah meninggal dunia.
Yana telah membuat kenyataan tersebut menerusi akaun media sosialnya disertakan dengan gambar-gambar bersama Allahyarham.
Adik Yana yang bernama Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin disahkan telah dijemput Ilahi ketika sedang tidur.
Malah, difahamkan juga, Fahmi telah meninggal dunia seorang diri dirumahnya.
Lebih menyayat hati apabila Yana berkongsi di mana adiknya itu baru sahaja bergelar seorang bapa 37 hari yang lepas.
Menerusi perkongsian di Instagram itu,Yana memberitahu adik iparnya baru saja selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Yana juga memberitahu bahawa mereka semua sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman mereka di Yong Peng, Johor untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran, tetapi kini mereka berkumpul kerana ‘pemergian’ Allahyarham..
Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. .
Rupanyaa hari ni… Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…..
Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. .
Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. .
Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… .
Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… .
Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… .
Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..
Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. .
Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88
Rata-rata para peminat Yana mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semnagat buat Yana dan keluarga.