Connect with us

Viral

Baru Lahir Dah Ada Gigi Netizen Kata Bayi Bawa Tuah, Tapi Doktor Suruh Cabut Sebab..

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.

Bukan sahaja menambahkan lagi ‘seri’ bahkan ianya juga melengkap kan lagi sesebuah keluarga.

Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri selepas 9 bulan 10 hari mengandung dan setiap pengalaman melahirkan anak itu berbeza-beza bagi setiap insan yang bergelar ibu.

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @Ciknurul, tentang cahaya matanya yang baru sahaja dilahirkan namun sudah mempunyai dua batang gigi.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘gigi natal’ dimana terdapat gigi yang muncul semasa bayi dilahirkan.

Kebiasaanya gigi ini akan dibuang kerana akarnya tidak kuat dan mudah tercabut sehingga membolehkan bayi tercekik jika tertelan gigi berkenaan. Keadaan ini sangat jarang berlaku, sekitar satu kes dalam 2000 bayi yang baru dilahirkan.

Difahamkan, keadaan itu berlaku akibat dirinya yang terlebih kalsium dan menyarankan agar gigi tersebut dibuang kerana terlalu lembut, bimbang bayi akan tertelan jika tercabut.

“Doktor cakap terlebih kalsium, dan doktor hospital buat surat suruh cabut sebab gigi dia lembut dan bergoyang.”

Bukan itu sahaja, malah dia juga memaklumkan bahawa anak keduanya juga mempunyai rambut berwarna putih sejak dari dalam perut lagi, manakala bagi anaknya yang ketiga ini sudah mempunyai gigi ketika dilahirkan.

Saya anak nombor dua ada tumbuh rambut putih dari dalam perut, nombor tiga tumbuh gigi pula.

Video yang tular:

@jamumodernlahir nyaa nur zahira amani membawa tuah😍😍 lahir² keluar 2 batang gigi…kecoh hospital & klinik gigi🤣 ##brandatiktok ##tiktokviral ##fypdongggggggg

♬ BALADA KUKURUYUK DJ KARDUS – MUHAMMAD RAMA

“lahir nyaa nur zahira amani membawa tuah..lahir² keluar 2 batang gigi…kecoh hospital & klinik gigi”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1 juta tontonan, 51.4K tanda suka, 968 komen dan 882 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata waga netizen n berpendapat bahawa bayi itu membawa tuah kerana perkara ini jarang berlaku.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.