Connect with us

Viral

Baru Masuk Islam, Pemuda Ini Letak Nota Depan Sejadah Belajar Solat

Hidayah itu perlu dicari bukan hanya ditunggu. Pelbagai cara Allah SWT memberikan hidayah kepada hamba-hambanya.

Pelbagai kisah dikongsikan sebelum ini di media sosial mengenai kisah mereka menerima hidayah dan petunjuk dari Allah.

Sebagai orang Islam, kita seharusnya memperbanyakkan kesyukuran kerana kita dipilih oleh Allah SWT daripada berbilion manusia di atas muka bumi ini, dilahirkan sebagai muslim.

Kita harus menghayati dan mengamalkan syariat Islam itu sendiri

Bahkan, buka itu sahaja kita juga harus benar-benar memahami hakikat agama Islam daripada semua segi konsepnya, rukunnya, dan syariatnya.

Setelah memahami hakikat agama Islam, kita harus pula menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam syariat Islam itu sendiri.

Oleh itu sebagai manusia, kita perlu sentiasa menghargai sebaik mungkin pemberian nikmat Allah selain terus belajar mendalami ilmu agama Islam.

Hidayah itu tetap milik Allah SWT

Sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam mudah untuk kita mempelajari dan mengpraktikkan ilu tersebut.

Namun begitu, nasib setiap dari kita berbeza-beza. Apa yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.

Pemuda Amerika Syarikat belajar solat di dalam sebuah masjid

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini menerusi satu posting di laman Twitter memperlihatkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.

Menerusi dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abdel Rahman kini tular dan menjadi bahan bualan ramai.

Letak sekeping kertas sebagai nota di hadapan sejadah

Mana tidaknya, melalui posting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.

“Pemuda Amerika ini mungkin sahaja baru memeluk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas”.

Semoga Allah berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari Islam

“MasyaAllah semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.

Difahamkan, posting berkenaan meraih hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 23,700 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemuda tersebut.

Mereka turut menitipkan doa dan semangat untuk pemuda ini mempelajari ilmu agama Islam dan istiqomah dengan penghijrahan yang dilakukannya.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.