Kini, ramai yang seolah-olah ‘pantang’ melihat trend TikTok terbaru, mesti berlumba-lumba untuk menjadi orang yang terawal melakukan trend tersebut sebagai content demi meraih tontonan yang tinggi.
Pun begitu, acap kali kita lihat di media sosial, terkadang perkara yang tidak dirancang berlaku ketika melakukan content TikTok yang mampu mengundang dekah ramai.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seornag lelaki baru sahaja ingin melakukan video trend yang selalu dibuat ini di platform TikTok tetapi lain pula yang berlaku pada akhir video ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @llv_tiktok, pada awalnya kelihatan seorang lelaki yang membelakangkan kamera semasa dirakamkan.
Kemudian dia menoleh kebelakang dan memegang tangan yang dihulurkan kononnya sedang memegang tangan kekasih dan berlakon seolah-olah mereka merupakan pasangan paling ‘sweet’ pernah kita lihat.
Namun, apa yang melucukan adalah, dia tiba-tiba terhantuk pada tiang yang berada di tepinya itu secara tidak sengaja. Dia yang masih dalam kesakitan dilihat memegang mukanya dan trend tersebut dilihat gagal namun berjaya membuatkan netizen pecah perut!
Bunyi terhantuk tu pun kita boleh tahu macam mana kuatnya kan?
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.3M tontonan 112.1K tanda suka, 4676 komen dan 19.3K perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat video tersebut dan ‘salute’ dengan kegigihannya sehinggakan muka ‘melekat’ di tiang dek kerana ingin join trend TikTok.
Bukan itu sahaja, malah netizen menarik lafas lega apabila tiada apa-apa perkara buruk yang lebih serius berlaku kepada lelaki itu.
Antara komen warga maya:
“Adoi baru nak perasan diri ini disayangi…”
“Baru nak feeling dah kecundang.”
“Dengan aku aku sekali aduii.”
“Terima kasih, saya ketawa.”