Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Gadis Berumur 15 Tahun Lakonkan Adegan Suami Isteri, Drama Ini Dikecam Netizen

Beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila seorang pelakon remaja bawah umur diberi watak sebagai isteri dalam drama bersiri Suara Hati Istri.

Ramai yang membantah tindakan tersebut dan menyifatkan pelakon bawah umur 18 tahun tidak seharusnya melakonkan aksi orang dewasa.

Hinggakan tanda pagar #Zahra dan #Indosiar menjadi topik trending di Twitter sejak semalam.

Watak Zahra dilakonkan oleh Lea Ciarachel yang kini baru berusia 15 tahun manakala suaminya dalam drama terbabit merupakan pelakon berusia 39 tahun, Panji Saputra.

Antara babak yang menjadi kontroversi drama berkenaan adalah ketika suaminya mencium kening Zahra selain mendekatkan wajahnya di bahagian perut Zahra yang sedang hamil.

Menerusi drama berkenaan, Lea turut melakonkan peranan sebagai isteri ketiga lelaki berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) turut tampil membantah tindakan yang telah melanggar tatacara penyiaran negara republik itu.

Justeru, stesen penyiarnya, Indosiar bersetuju untuk menggantikan pelakon wanita lain untuk melakonkan watak Zahra.

Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan agar produksi tersebut menukar jalan cerita agar tidak mengajak masyarakat melakukan pernikahan di bawah umur atau terlalu muda.

Dalam satu kenyataan, Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) berkata polemik sinetron yang berjudul Suara Hati Istri kerana menggunakan pelakon di bawah umur sebagai salah satu isteri yang dipoligami.

Ketua KPAI Susanto kesal denga sikap Indosiar yang melibatkan gadis di bawah umur untuk berlakon sebagai seorang isteri dalam sinetron yang berjudul Suara Hati Istri.

Hal ini bertentangan dengan langkah pemerintah Indonesia dalam mencegah pernikahan anak di bawah usia.

Reaksi tersebut disampaikan oleh Susanto setelah mendapat laporan bahawa ada pelakon berusia 15 tahun yang memegang watak sebagai seorang isteri di TV nasional.

Dalam pada itu, Susanto mengatakan bahwa pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dengan melakukan pertemuan jajaran Komisi Penyiaran Indonesia (KPI).

Terdahulu, netizen Indonesia kecoh dengan kemunculan Zahra yakni salah satu karakter di sinetron Suara Hati Istri yang tayang di Indosiar. Watak Zahra dibawakan oleh pelakon muda yang baru berusia 15 tahun.

Drama ini mendapat kecaman hebat dari netizen kerana Zahra yang masih 15 tahun tapi memegang watak sebagai seorang isteri.

Rata-rata mereka juga mengkritik adegan Zahra dan Pak Tirta di atas ranjang kerana perbezaan usia yang sangat jauh.

Video tular di laman Twitter

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.