Connect with us

Viral

Bas Ni Rempuh Kereta, Kereta Terbabas Rempuh Kedai Burger Aku. Ibu Aku Pangku Baby 2 Bulan Terpelanting

Pemandu bas Rapid KL yang melanggar tujuh kenderaan dalam kejadian di Jalan Ampang, berdekatan Ampang Point, pada 8.30 malam tadi sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Pemandu berusia 32 tahun itu yang mengalami kecederaan dan dalam keadaan separa sedar kini menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ketua Jabatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata ujian saringan awal air kencing pemandu itu turut diambil oleh pihak hospital dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Buat masa ini, pemandu bas itu masih lagi berada di hospital berkenaan dan dalam keadaan separa sedar kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Jadi, selain diberikan rawatan, pihak hospital akan menjalankan ujian saringan awal air kencing lelaki itu bagi dianalisis di Jabatan Kimia sama ada dia mengambil barang terlarang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkefly berkata, sebelum kejadian di Jalan Ampang, bas berkenaan terlebih dulu terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat AU Keramat dengan dua buah kenderaan yang belum dikenal pasti.

https://www.facebook.com/ayiee.azzree/posts/1659520394174430

Katanya, akibat pelanggaran itu, pemandu bas berkenaan memecut bas dan cuba melarikan diri menerusi Jalan Ampang sebelum melanggar sebuah kereta Toyota Vios menyebabkan kenderaan itu melambung masuk ke dalam parit di kiri jalan.

“Dalam cubaan melarikan diri itu, bas berkenaan turut melanggar beberapa kenderaan lain iaitu Toyota Innova, Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Saga sebelum berhenti.

“Selepas memberhentikan bas dipandu, lelaki itu cuba melarikan diri ke seberang jalan, namun orang ramai yang melihat kejadian berkenaan bertindak mengejar dan menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, NSTP melaporkan kira-kira empat individu cedera selepas kenderaan dinaiki dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Jalan Ampang, malam tadi.

Malah, dalam laporan itu, Zulkefly berkata pemandu bas itu mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.