Terdahulu, pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhammad ini memberitahu pernah menyimpan hasrat untuk mengubah suai kediaman mereka oleh kerana mahu mendapatkan suasana yang baharu. Walau bagaimanapun, dia mengatakan telah melupakan perkara tersebut selepas bermimpi tentang arwah isterinya.
Pun begitu, baru-baru dilihat dia telah memuat naik sebuah perkongsian mengenai perkembangan proses pengubahsuaian rumah tiga tingkat miliknya di Puchong.
Menerusi hantaran tersebut, pelawak ini telah merakamkan beberapa bahagian rumahnya yang dipecahkan. Difahamkan Shuib ingin menggantikan lantai ruang tamu serta dinding bilik air. Tambahnya lagi, dia mahu menggunakan lantai jenis mozek bercorak ataupun yang bersesuaian.
“Boleh tolongggg takkk??? Call Shafiq 019-4552713” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Nak tengok rumah saya? Lantai hilang, memang suruh pecahkan. Nak gantikan lantai mozek yang ada corak marmar ke. Saya tengah cari yang lawa-lawa, yang sesuai dengan rumah saya. Alang-alang dah pecah, nak cari yang berkualiti, cantik dan bersesuaian,” kata Shuilb.
Dalam pada masa yang sama dia turut berseloroh mengatakan dia menerima sesiapa sahaja yang sudi menawarkan diri untuk ‘sponsor’ lantai baharu rumahnya.
“Kalau ada yang nak sponsor, lebih baik. Berani nak sponsor Shuib? Bukan lantai ruang tamu sahaja, bilik air pun termasuk,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi tentang video tersebut dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan. Bukan itu sahaja, ada yang turut memberikan pelbagai cadangan untuk dekorasi rumah kediamannya.
Antara komen warga maya:
“Nak buat kat rumah sendiri pun tak mampu apa tah lagi nak sponser..”
“Cantiknya semoga dipermudahkan segala urusan abang @shuibsepahtu…”
“Kalau dia nak mintak sponsorhip pun tak salah dia ada bisnes yang dia boleh bisnes kan..orang bisnes ni tau lah apa kelebihan nya sponsorship dan support each other punya product. Kita takyah lah nak pura-pura acah-acah macam lebih pandai pulaknya. Diorang tak buat benda yang sia-sia..”
“Demi untuk kekuatan mu bang..tukar semua..semoga terus kuatt..”
“Terbaik bang..semoga rezeki abang sentiasa melimpah ruah aminn..doakan saya bang..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: