Siapa sahaja yang tidak mengidamkan alam perkahwinan yang bahagia bersama dengan pasangan masing-masing bukan? Bagaimanapun jika takdir menentukan perkara sebaliknya, kita haruslah akur dan percaya akan ada hikmah yang lebih baik akan datang di sebalik kejadian itu.
Baru-baru ini, seorang lelaki di Palembang, Wilayah Sumatera Selatan, Indonesia dikatakan terpaksa membatalkan pernikahannya sehari sebelum majlis berlangsung disebabkan gagal menyerahkan baki mas kahwin berjumlah 700,000 rupiah (RM 199) kepada pengantin perempuan.
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh kakak pengantin lelaki itu di laman TikTok @elsawd7795, telah dinyatakan bahawa majlis pernikahan adiknya itu sepatutnya berlangsung pada 18 Disember yang lalu.
Akan tetapi keluarga pengantin perempuan membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan selepas dimarahi pihak perempuan kerana tidak melangsaikan baki mas kahwin yang dinaikkan secara tiba-tiba.
“Ketika meminang, kedua-dua keluarga setuju untuk tetapkan mas kahwin sebanyak 35 juta rupiah (9,939) barang kemas serta duit untuk ibu pengantin perempuan sebanyak 5 juta rupiah (RM1,419) dan beberapa hantaran.
“Tapi selepas keluarga kami serahkan mas kahwin seperti yang ditetapkan, keluarga pihak perempuan beritahu mereka sebenarnya belum daftar pernikahan kepada jabatan agama Islam kerana belum cukup 5 juta rupiah (RM1,419) untuk diserahkan kepada bakal ibu mentua,” kata kakaknya itu.
Ekoran itu, keluarga pengantin perempuan meminta pihak lelaki untuk menyediakan wang belanja tambahan bagi membeli ayam dan menguruskan surat nikah yang berjumlah sebanyak 3.4 juta rupiah (RM 965.50).
“Ketika menjelang hari pernikahan, bakal pengantin perempuan meminta baki wang berkenaan yang belum sempat diserahkan. Kami berikan semua wang itu kecuali 700,000 rupiah (RM199) yang masih tidak cukup dan beritahu baki tersebut akan diserahkan kemudian tapi mereka marah kami,” jelasnya.
Difahamkan akibat pengantin perempuan tidak mahu bertolak ansur, lalu bakal pengantin perempuan itu bertindak menghempas pintu di hadapan ibu bapa tunangnya serta memarahi mereka.
“Apa yang buat kami terkilan adalah tunang adik saya menghempas pintu di hadapan ibu bapa kami sambil mulutnya tidak henti memaki hamun hanya kerana wang tak cukup itu.
“Kami sekeluarga akhirnya buat keputusan untuk batalkan perkahwinan sebab dilayan seperti itu oleh keluarga pengantin perempuan,” tambahnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya mendoakan agar pengantin lelaki itu dikurniakan jodoh yang lebih baik dan menitipkan pesan agar bersabar dengan ujianNya.
Antara komen netizen:
“insyaa allah yg trbaik untk klrga kka,,allah sdg menggantikan dgn jauh yg labih baik lg kak”
“Yg sabar buat anjas sekeluarga yakinlah allah punyo rencano laen🥰”
Video TikTok yang tular:
@elsawd7795
Yang kuat yeeh dek , Ayuk yakin ini rencana Allah yang baik buat adek kedepan nyo insyallah adek bakal temuin betino yang tulus sygg Samo adek , biarlah apo yng Dio perbuat Samo adek bakalan setimpat dpt balesan nyo , sampeh dstulah rejeki Dio amiiinnn kuat yeeh dek , kami sayang adeek 😘😭😭😭😭😭💪💪
♬ suara asli – TanpaNama