Pasangan mana yang tak teruja bila dapat tahu tak lama lagi akan disatukan dengan pilihan hati?
Mendirikan rumah tangga dengan orang yang tersayang sudah pastinya menjadi idaman semua pasangan bercinta.
Tapi kena ingat, tak semua yang kita rancang akan berlaku. Walaupun segala persiapan dah siap, plan boleh bertukar di saat-saat akhir.
Sama seperti kisah yang dialami lelaki ini apabila hari bahagia yang patut disambut dengan bakal pengantin perempuan musnah begitu sahaja akibat orang ketiga.
Menurut gadis bernama Khaleeda Nasuha yang memuat naik video ini, rakan Arash sepatutnya bernikah pada keesokan harinya namun terpaksa dibatatlkan pada hari sebelumnya kerana bakal isteri Arash kantoi curang.
Disebabkan semua barang pengantin dah siap tersedia tapi tak jadi nak kahwin, Arash datang ke rumah Khaleeda untuk memberi baju pernikahan bakal isterinya itu kepada Khaleeda sendiri.
Menurut Arash, daripada pakaian tersebut dibuang atau dibakar, lebih baik diberi kepada orang lain.
“Aku bagi bukan nak dia jadi penganti, to make it clear. Elok dari buang tak pun bakar, jadi memberi itu lebih baik. Keluarga pun takda yang muat” jelas Arash di ruangan komen.
Khaleeda turut mengakui berasa agak sedih apabila melihat baju bakal isteri Arash itu bila teringat semula kisah rakannya itu dicurangi sehari sebelum hari bahagia mereka.
Walau bagaimanapun Khaleeda bangga dengan ketabahan hati Arash yang masih mampu tersenyum walaupun baru sahaja dikecewakan oleh bakal isteri.
Kini, video tersebut tular dengan jumlah tontonan sebanyak 922.7 ribu dan 125.7 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai pula yang menjodohkan mereka berdua. Dalam pada itu, netizen mendoakan Arash kuat menempuh ujiannya dan semoga dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik kelak.
Antara komen-komen netizen di TikTok
“Maybe Awaklah Jodoh Dia✨”
“dia xsedih mgkin sbb dia dh serahkn baju tu kpd btul2 pngntin dia”
“Btl x rugi pape sbb dia buat hal sblom kawim… Stay strong bro, in shaa allah ade yg baik utk kau nnt”
“bgtau abg tu relek jer..mmg ALLAH dh ttapkn bkn jodoh dia.ingt lelaki baik psngannya wnita baik”