Walaupun sudah tidak pernah muncul di kaca televisyen, bekas penyanyi dan seorang aktivitis kemanusian Mizz Nina atau nama sebenarnya Shahzrina Azman ini masih lagi bergiat aktif berkongsikan perkembangan dirinya di laman Instagram serta menghadiri temu bual berkaitan agama dan majlis ilmu.
Bukan itu sahaja, namanya juga tidak asing lagi dengan misi bantuan kemanusian serata dunia sejak 2013. Bahkan, Mizz Nina turut menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW peringkat Kebangsaan 14444H/2022M bagi kategori Ikon Kemanusiaan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Baru-baru, bekas penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For ini telah memuat naik sekeping foto berserta coretan indah buat anak angkatnya ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Menerusi hantaran tersebut, Mizz Nina sempat meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan peluang buat dirinya dan Musa untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.
“Alhamdulilah ya Rabb kerana izinkan kami berada di sini bersama lakukan… Musa telah berbulan-bulan melihat dan mendengar cerita haji, alhamdulilah dia dapat melihat perkara sebenar!..”
“Ya Allah. Jadikan musa sebagai cahaya untuk ummah, dengan ahlaq yang baik, warisan yang kuat dan kehidupan yang dijalani dengan iman, taqwa, soleh dan tawakkal, kurniakan tarbiyyah yang baik…”
“Semoga al-Quran mengajarnya semua yang perlu dia ketahui untuk mengharungi arus hidup ini dan seterusnya aamiin..” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif buat Mizz Nina dan anak angkatnya, Musa. Malah ada juga yang turut menitipkan doa agar urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kebahagiaan.
Antara komen warga maya:
“Alhamdulillah, May Allah SWT ease all your affairs, bless you with good health n protection both of you…”
“Alhamdulillah… aamiin aamiin YRA. May Allah SWT ease your affairs and May the blessings of Allah be upon you and Musa Always..”
“Beruntung Musa…dpt ibu seperti Mizz Nina…pegangan agama nye kuat…”
“Amin ya Rabb. Selamat beribadah Mizz Nina, may Allah’s blessings light your way, always..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: