Connect with us

Viral

Bawa Kek Sambut Hari Jadi Pekerja Mamak ‘Favourite’, Perkongsian Gadis Ini Buat Ramai Luluh Hati

Di Malaysia, ramai individu warga asing yang menetap di sini demi mencari rezeki buat keluarga mereka yang berada jauh di perantauan.

Iospital phone repair gombak

Tatkala sibuk bekerja demi mencari sesuap nasi, kadangkala mereka tiada masa untuk mereka luangkan untuk diri mereka sendiri.

Sama seperti satu kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini di mana seorang gadis berkongsikan detik manis mereka menyambut hari kelahiran seorang pekerja asing kegemaran mereka di sebuah restoran mamak.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @nasikerabu77 itu,dapat dilihat gadis itu bersama dengan keluarganya sempat memberikan kejutan kepada pekerja ‘favourite’ mereka itu.

Katanya, pekerja yang bernama ‘Sankar’ itu bakal pulang ke kampung halamannya.

Susulan itu, mereka bercadang untuk memberikan kejutan kepada Sankar dengan memberikan sebiji kek dengan ucapan ‘Happy 29th Birthday Sankar’.

Keluarga tersebut meriah bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ kepadanya.

Menerusi video tersebut, Sankar kelihatan menahan sebak dan menutup semula mukanya dengan pelitup muka yang dipakainya.

Sankar juga sempat memeluk ayah gadis itu sebagai tanda ucapan terima kasih kepada mereka.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah berjaya meraih sebanyak 98.2K tontonan, 18.4K tanda suka dan 279 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa sebak dan memberikan pujian terhadap kebaikan keluarga gadis itu.

Antara komen netizen:

“Ya Allah baiknya family ni membahagiakn org lain , semoga rezeki mereka mngalir seperti air sungai yg tak pernah berenti mngalir amin 🫰🏻”


“tak sure dia sankar ke saya yang sankar. sebab saya yang bergenang air mata ni 😭😭😭😭”

“you and your parents are so kind to him. moga sentiasa dimurahkan rezeki untuk you sekeluarga dan juga sankar sekeluarga. he’ll def miss you guys 🥹❤️”

Video TikTok yang tular:

@nasikerabu77

Pardon my sister’s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon 🥹 happy belated bday sankar 🫶🏼

♬ Married Life (From "Up") – Sergy el Som

Continue Reading
Advertisement