Connect with us

Viral

Bayar RM12,000 Untuk Pakej Pengantin, Wanita Panik Wedding Planner ‘Lesap’ Sehari Sebelum Majlis!

Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.
Iospital phone repair gombak
Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, baju yang cantik dan juga makeup yang on point.

Malah, sudah pasti pasangan mempelai sangat menitik beratkan bab ‘catering’ atau makanan untuk para tetamu kerana kebahagiaan tetamu merupakan ‘priority’ buat pengantin.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dan keluarganya berdepan dengan situasi panik apabila makanan yang ditempah, pelamin serta khemah tidak sampai mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, kejadian berlaku di Gurun Kedah dan perkara tersebut disedari apabila pelanggan gagal menghubungi mereka setelah berkali-kali.

Sedar telah ditipu pihak Catering, keluarga ini dimaklumkan telah merayu kepada pihak lain yang menjalankan kenduri hari sebelumnya untuk meminjam khemah serta memasang sendiri khemah di rumah mereka bagi menjayakan kenduri tersebut.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa mencari pihak yang menawarkan servis pemasangan pelamin pada saat akhir.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, dia memaklumkan telahpun membuat laporan polis namun alangkah terkejutnya dia apabila terdapat luma orang yang lain turut hadir ke balai untuk membuat laporan kerana mendapat nasib yang sama.


Wanita ini juga bersyukur kerana mempunyai sedikit modal untuk mencari pelamin, khemah serta catering yang lain malah risau dengan individu yang tidak mempunyai wang ‘backup’ bagi melancarkan majlis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ingin mendapatkan infomarsi yang lebih tentang pihak catering tersebut agar tidak ‘terkena’ di kemudian hari.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap orang ramai lebih berhati-hati dan membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membayar sejumlah wang yang besar pada pihak catering.

Antara komen warga maya:



Video yang tular di laman TikTok:

@leenora.co Kesian nyer baru nak balik relex2 pakage ambik full last skli apa pon tak ada ujian satu family tak tido kena cari semua untuk teruskan majlis hari ini #viral #pengantinditipu ♬ original sound – LEENORA by lynnahmad

@leenora.co Replying to @user2519792435948 ♬ original sound – LEENORA by lynnahmad

@leenora.coKisah kami ditipu pakage catering ,bnyak dijanjikan yang sampai hanya 500 makanan sahaja..selamat kami bertindak cepat kes balai yang ke 5 ..ramai ditipu

♬ suara asli – hierapsz.

@leenora.co Replying to @ ♬ Bila tiba… Ungu – IL-U

@leenora.co Replying to @suhaizashaufi ♬ original sound – LEENORA by lynnahmad

Continue Reading
Advertisement