Connect with us

Viral

Bayi Maut Gara2 Pengasuh Tiarapkan Supaya Tidur Lena, Doktor Ini Tampil Bagi Nasihat Buat Penjaga

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak kita, tidak kiralah anak yang pertama mahupun yang kesepuluh sekali pun, jika namanya ‘anak’, tentu keselamatannya menjadi keutamaan para ibu bapa.

Pun begitu, buat mereka yang bekerja sudah pasti perlu mencari pengasuh untuk menjaga anak mereka.

Menjadi pengasuh bukan satu perkara mudah, banyak yang perlu dipelajari agar tidak berlaku sebarang perkara buruk yang tidak diingini seperti tersedak susu, terjatuh dan lemas.

Sama juga dengan sebuah kisah yang dikongsikan oleh Dr. Irma Izzati Abd Malek ini dimana dia menceritakan sebuah tragedi hitam yang berlaku kepada pesakitnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikToknya @drirmaizzati, difahamkan kenalannya itu perlu menghantar anak ketiganya yang berusia 3 bulan kepada pengasuh kerana perlu bekerja susulan dia bekerja sebagai seorang guru.

“Lepas hari ketiga dia hantar, tiba-tiba dia dapat call daripada pusat asuhan tersebut kata anaknya tak bernyawa.. dah meninggal.. sebab apa, pengasuh bagi susu dan meniarapkan budak tersebut konon nak bagi tidur lena lah..”

“Lepas berapa minit, tengok-tengok budak tu dah tak bernyawa.. pengajaran dekat sini, apa je konten, apa je nasihat yang kita bagitahu pasal jangan meniarapkan budak.. jangan mengiringkan budak.. terlentang adalah the best position untuk babies.. jangan guna walker.. bukan saja-saja..”

“Bukan kata kita tak faham kesusahan parents.. it’s all about safety.. benda ni walaupun you dah lama jadi pengasuh ataupun dah banyak anak.. it can happen to everyone walaupun you dah ada 6 anak.. ia boleh jadi pada anak ke 6, walaupun you dah 10 tahun buka pusat asuhan, dia boleh terjadi dekat pusat asuhan tu in seconds” terangnya lagi

Difahamkan kini isu tersebut sudah pun dalam siasatan pihak polis dan dia juga turut mendoakan agar urusan kenalannya itu dipermudahkan.

Video yang tular di laman TikTok:

@drirmaizzati kisah untuk dijadikan pengajaran #tiktokdoc #learnontiktok#tiktokdoctor #tiktokguru ♬ original sound – Dr. Irma Izzati Abd Malek

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih mendengar perkongsian tersebut dimana seorang ibu terpaksa redha atas pemergian anak berusia 3 bulan gara-gara kecuaian pengasuh yang meniarapkan bayi.

Bukan itu sahaja, ramai juga diantara warga netizen berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dimana memberikan anak menggunakan walker sehingga perkembangan anak terbantut dan ada juga yang menyebabkan anak jalan terjengket-jengket.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Sy nyesal bg ank walker dlu,kesannye dy jalan jengket sensory problem sb dlu start 5 bulan dh start letak tp dy jalan 1,4bln”

“In my case sy mmg x beli pun buai anak mmg tido dlm baby cot. Bila mula nak keje bg mil jga trs masuk buai. Allahu sedihnya sy tpaksa turut kta suami”

“Sy tgh hamil ank ke dua.. memang dah niat awal2 tanak bagi buai mcm abg dia.. smpai 4 tahun tak lepas lg buai.. nyesal tak hbis”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.