Connect with us

Viral

Bayi Sulung ‘Pergi’ Selepas 7 Hari Keluar Hospital, Hajat Nak Bergelar Ibu Aidilfitri Ini Tidak Kesampaian

Sebagai hamba, siapa lah kita untuk menolak segala takdir malah yang hidup akhirnya akan pergi jua menemu sang pencipta cuma yang membezakan ada lah waktu sahaja.

Ada yang pergi ke negara abadi semasa muda dan ada juga ketika sudah tua, malah tidak dinafikan, jika sudah ajal menjemput, dalam perut pun boleh meninggal dunia.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana anak kepada seorang wanita cekal iaitu Nurul Shafina Mazani, 26 pergi menghadap ilahi pada 13 April lalu mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, anaknya Afeeya Mikayla meninggal dunia pada usia tiga bulan 12 hari didiagnosis menghidap beberapa komplikasi berkaitan usus sejak dilahirkan pada 1 Januari lalu.

“Lepas lahir baru dapat tahu dia sakit. Selepas beberapa hari, dia masih tak buang air besar. Jadi doktor ambil sampel usus untuk ujian makmal. Doktor maklumkan usus kecil dan usus besar bayi kami tiada saraf, jadi ia tak dapat berfungsi.”

“Sejak lahir sampai umurnya tiga bulan, dia duduk di hospital. Kemudian doktor panggil kami, maklumkan dah tak ada rawatan untuk teruskan. Jadi doktor akan off ubat dan drip air dia. Sebelum bawa balik, doktor pun dah maklumkan apa akan jadi.”

“Doktor kata, dia hanya mampu bertahan dalam tujuh hari ke bawah. Tapi Alhamdulillah, bayi kami bertahan tujuh hari. Sepanjang tempoh itu, saya dan suami ada bagi dia susu dan air zam-zam. Tapi sebanyak mana kuantiti yang kami bagi, sebanyak itu juga yang keluar.”

“Pada 13 April, tepat pukul 12 malam dia dah tak ada. Genap tujuh hari dia dibawa balik ke rumah. Sebelum dia pergi, setiap hari saya doa agar urusan dipermudahkan, tak sanggup tengok dia seksa. Jadi saya reda dia pergi,” ujarnya sebak.

Lebih mesra disapa Fina, dia akui masih merangkak menerima takdir dan mengambil cuti selama tiga hari sebelum kembali bekerja bagi meredakan kesedihannya.

“Pada 2020, saya jaga mak yang sakit kanser lidah sehingga ke akhir hayatnya. Kali ini anak sulung saya pun sudah tiada.”

“Saya sebenarnya dah beli baju raya untuk dia, siap beli gaun. Tapi tak apalah, Allah lebih sayangkan dia. Baju raya saya dan suami belum beli lagi, tiada semangat nak raya tahun ni.”

“Tapi saya bersyukur, suami banyak beri kekuatan. Dia pun sedih, tapi dia perlu kuat untuk saya. Selain itu, adik-beradik, keluarga dan kawan-kawan pun banyak bagi semangat,” ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga pada Oktober 2020.

“Orang tahu, saya diuji bertalu-talu. Pada 2020, saya jaga mak saya yang sakit kanser lidah sehingga ke akhir hayatnya. Kali ini anak sulung saya pun sudah tiada.”

“Saya ingat 2022 ada berita gembira, tak seperti 2020. Tapi sama saja. Saya reda, baby pergi jumpa nenek dia. Terima kasih kepada semua netizen yang doakan kami, terharu baca doa anda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.