Connect with us

Viral

Bayi Usia 3 Hari Disuap Bubur Dengan Mentua, Ibu Sendiri Sebak Tak Sampai Hati Tengok Anak Tersiksa

Pemakanan bayi mengikut umur adalah penting kerana ianya bukan sahala melibatkan tumbesaran malah juga untuk kesihatan. Bayi bawah 6 bulan hanya bergantung pada susu ibu kerana itulah makanan yang terbaik buatnya pada umur tersebut.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana bayu berusia 3 hari disuap bubur oleh neneknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @alya_82, kelihatan seorang wanita yang merupakan nenek kepada seorang bayi sedang menyuapkan sesuatu ke dalam bibir bayi itu.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah rupa-rupanya neneknya menyupkan bubur pada bayi berusia 3 hari itu yang sememangnya kita sendiri tahu bahawa bayi berusia 3 hari hanya memerlukan susu ibu dan bukanlah bubur.

“Itu disuapin diam-diam pass saya nyuci di sungai dan yang ngerekam tetangga saya dan dikirim ke saya, semoga lekas kabur dari sini” – kata ibu kepada bayi itu.

Lebih menyakitkan hati adalah ibu kepada bayi itu tidak tahu akan perkata tersebut kerana ditugaskan untuk membasuh baju di sungai.

Nasib menyebelahinya apabila ada seorang jiran merakan situasi tersebut untuk dijadikan bukti kepada ibu anak kecil itu.

Ibunya juga berkata perut bayi itu sehingga keluar urat berwarna biru.

Video yang tular di laman TikTok:

@alya_82 sungguh nyesak dada ini liat anak umur 3hari sudah diberi bubur SUN pdhl udah dilarang keras dg bidannya beginilah kalau tinggal dg mertua dan saudara2nya serba salah 😭😭😭#anakku #bayi #fyp ♬ Buah Hati – Armada

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap ibu mertuanya yang langsung tidak peka dengan pemakanan bayi sehingga menyuapkan makanan yang tidak sepatutnya pada bayi berusia 3 hari.

“Punca usus bayi koyak nanti boleh jadi penyakit. Perut bayi ni sangat lembut” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, warga netizen juga menyifatkan bahawa setiap ibu perlu membuang rasa serba salah atau menjaga hati orang lain apatah lagi jika ia melibatkan anak yang dikandung 9 bulan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Sakitnya hati aku tgk.. dah mcm nk tercekik baby tu.. sedangkan menyusu pun selalu tersedak.. apatah lg bubur. Baru 3 hari kot ! ”

“aku tengok baby nak menelan pun tak larat dah, di suap bertubi2..”

“Rasa nak pecah jantung tengok nenek ni paksa baby ni telan”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.