Raya pada tahun ini cukup berbeza, bukan sahaja ianya merupakan perayaan yang disambut setelah 2 tahun tertangguh gara-gara berdepan dengan pandemik, malah tahun ini juga merupakan raya yang paling ‘kelam kabut’ buat kita semua.
Manakan tidak, Hari Raya Aidilfitri tahun ini diumumkan awal sehari daripada tarikh yang ditetapkan di dalam kalender.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang mak cik selamba menjawab panggilan telefon sewaktu di temu ramah mencuri perhatian ramai.
Difahamkan sesi temu ramah itu dilakukan untuk mengetahui perkembangan peniaga bagi membuat liputan berkenaan sambutan hari raya di sebuah pasar.
Pun begitu, sedang asik menjawab soalan wartawan, mak cik tersebut kemudian menerima sebuah panggilan telefon. Apa yang lebih melucukan adalah dia meminta wartawan tersebut untuk menunggu sebentar dan terus menjawab panggilan telefon itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 354.4K tontonan, 21.4K tanda suka, 416 komen dan 567 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat makcik tersebut yang lebih mementingkan panggilan telefon daripada sesi temu ramah tersebut.
“Hahaha time-time ni nak interview. Order banyak masuk ni” – Netizen
Ramai juga beranggapan mungkin makcik tersebut menjawab panggilan pelanggan yang ingin membeli jualannya.
Berikut antara komen warga maya:
“makcik tu tau dah kena interview bukan depa bagi duit, baik aku jawab call customer..”
“takleh nak salahkan makcik tu wartawan datang salah time.. wartawan tu dah gelabah..”
orang nowadays tak peduli sangat dah masuk2 TV ni.. dulu ye la kot..”
“refleks spontan, kita dah biasa bunyi dering kita jawab.. lupa pulak tengah kena rakam..”
“anak call dekat rumah, nak bagitahu ada orang datang rumah..”