Connect with us

Viral

Belanja Cuma RM10 Sehari Di Kuala Lumpur, Video Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

Bila bercakap tentang kos sara hidup, pastinya ramai yang pening kepala. Manakan tidak, harga barangan pada masa kini kian meningkat apatah lagi buat mereka yang tinggal di ibu kota.
Iospital phone repair gombak
Ramai yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup bahkan berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular di media sosial dimana seorang pemuda melakukan sebuah challenge menarik dimana dia hanya membelanjakan RM10 sahaja sehari untuk bertahan di kota Kuala Lumpur.

Lihat macam tak masuk akal bukan? Tapi itulah yang dilakukan oleh lelaki ini malah berjaya melakukan cabaran itu dan membelanjakan tidak melebihi RM10 dalam masa sehari.

Menerusi video tersebut, pada awal pagi dia membeli nasi lemak berharga RM1 untuk menjimatkan kos.

Pada waktu tengahari pula dia singgah ke pasar raya berhampiran dan membeli mi segera atau maggie cup yang berharga RM2.


Dengan baki RM7 di dalam tangan, pemuda itu akhirnya dapat menikmati juadah yang lebih berat iaitu nasi campur yang berharga RM6.60 menjadikan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ialah RM9.60.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berkongsi pengalaman mereka dimana perlu berjimat-cermat dalam berbelanja sama seperti challenge yang dilakukan oleh pemuda ini.

Bukan itu sahaja, ada juga pelajar yang akui perlu mengikat perug kerana hanya bergantung pada duit elaun sahaja.

Antara komen warga maya:

“Hidup sorang-sorang makan sikit sehabis jimat macam tu pun dah RM10 sekepala. Bayangkan struggle yang hidup family anak ramai…”

“Aku dulu survive RM30 seminggu. Alhamdulillah terkejut macam mana boleh selamat dulu…”


“My mom jual nasi lemak seringgit dulu. Selalu orang akan beli 3-4 bungkus sebab untuk sarapan and lunch sekali…”

“Aku beli mihun dan nasi lemak tanpa timun, telur mata, kuih, cukup RM10 untuk seharian tapi tak sihat lah kan.”

Video yang tular di laman TikTok:

@overeatmy Can one survive with just RM10 in a day? Malaysia’s economy is pretty bad now where a meal usually cost RM15 on average, but in this video, I’ll be attempting to survive a day with just RM10. 🇲🇾👌🏻 #klfoodie #pjfoodie #malaysiafoodie #fyp #malaysiatravel #malaysiapopular #kualalumpur #MYfoodie #makanlokal #foodietiktok #viral #malaysia #tiktokmalaysia #tiktokfood #food #foodlove #malaysiafood #foodreviewmalaysia #challenge #malaysiachallenge🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🙏🙏🙏🙏 #10ringgit #eatcheap #malaysiaboleh #malaysiatiktok ♬ 주옥같다 – 고옥희

Continue Reading
Advertisement