Dalam kehidupan, tidak ada seorang pun yang terlepas daripada ujian yang menjadikan seseorang itu semakin kuat dan tabah untuk meneruskan hidup.
Tidak dinafikan, masih ada yang hidup dalam serba kekurangan namun tidak pernah mengemis malah menggunakan kudrat yang tersisa untuk mendapatkan mata pencarian halal.
Sama juga dengan kisah seorang warga emas ini yang membanting tulang demi mencari rezeki buat keluarga kecilnya mencuri tumpuan ramai.
“Beli dik..” begitulah ungkapan yang dikeluarkn daripada suara sayup Mak Cik ini ketika ada orang yang turun daripada tangga tersebut.
Difahamkan Mak Cik ini berniaga secara kecil-kecilan di LRT Taman Melati, Setapak Kuala Lumpur.
Namun apa yang mengundang sebak ramai, apabila mengetahui Mak Cik ini merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan stroke sebelah anggota badan.
Bukan itu sahaja, Mak Cik ini juga terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan dengan mata sebelah yang dikatakan sudah pun tidak boleh melihat.
Bercerita lanjut, warga emas ini menjual tauhu bergedil sehingga lewat malam dan terkadang tidak ada satu pun tauhu bergedil yang terjual.
Dia juga terpaksa menunggu ihsan orang yang lalu lalang di sekitar tangga LRT tersebut untuk membantunya membawa tauhu bergedil naik ataupun turun daripada tangga tersebut.
Menurut sumber, Mak Cik tersebut juga kini tinggal bersama-sama anak angkatnya yang dikatakan turut mempunyai masalah kesihatan dan tidak dapat bekerja.
“Hi guys, sesiapa yg pg lrt melati ada seorg makcik jual tauhu begedil. Support beli ya. Makcik ni OKU, stroke sebelah dgn jalan bertongkat dan mata sebelah pun dh tak nmpak. Menjual tauhu smpai pkul 11 mlm, kdg kdg tak ada satu pun terjual.”
“Dia duduk dgn anak angkat dia, anak angkat pun tak sihat. Sesiapa yang lalu sana dan nampak makcik ni beli ya tauhu begedil makcik ni. Tauhu begedil dia sedapp sgt.”
“YE BETUL SEDAP SEBAB RH PERNAH BEBERAPA KALI BELI…SETIAP KALI ORANG TURUN KAT TANGGA TU, MAKCIK AKAN CAKAP BELI DIK…MAKCIK NI MMG NAMPAK TAK SIHAT SEBAB BERTONGKAT & PERGERAKAN AGAK TERBATAS…”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat keadaan Mak Cik itu yang masih mencari rezeki walaupun mempunyai masalah kesihatan.
Dalam pada masa yang sama ada juga yang turut mendoakan makcik tersebut agar dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki seperti air zam zamyang mengalir tanpa henti.
Berikut merupakan komen daripada netizen:
“kau lapangkan lah rezeki Mak Cik dan mereka yang sudi membeli jualannya”
“dia kata dia dropship orang..”
“pernah beli.. sedap juga rasa tauhu bergedil Mak Cik ni..”
“semoga dipermudahkan urusan buat Mak Cik ni..”
Disaat kita merasakan ujian yang kita hadapi sekarang amat sukar, maka ingatlah masih ada di luar sana yang lebih besar ujiannya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mak cik ini dilapangkan rezeki.. Jom serbu tauhu bergedil mak cik ni!