Setiap kaum hawa pastinya mengimpikan untuk memiliki barang kemas baru. Namun begitu harganya yang kini semakin meningkat naik membuatkan ianya hanya tinggal impian.
Berbeza dengan wanita ini yang menyimpan wang RM5 dan mampu membeli barang kemas setiap hujung tahun.
Menurut Chienta Mul’aien II, dia telah disiplinkan diri setiap not RM5 akan disimpan dan dikumpul untuk membeli barang kemas.
Berikut adalah perkongsiannya.
Didik diri simpan duit
Sis nak share lagi tips untuk suri rumah. Dari awal kahwin sis didik diri untuk simpan duit RM5. Duit belanja/nafkah suami bagi.
Setiap kali balik kedai ada je note RM5 terus masuk tabung (kalau mampu RM20 pon boleh buat).
Tak kira ada baki 4 keping duit RM5 sis tetap akan simpan. Sis hanya akan guna bila BETUL2 TERDESAK. Duit hasil meniaga, COD barang pon kalau ada RM5 sis simpan.
Cukup setahun hasil dia sangat-sangat la memuaskan, tak banyak tapi ada. Tiap hujung tahun sis shopping emas dengan duit RM5.
Pernah kena perli
Pernah la sis kena perli dengan pasangan suami isteri dekat kedai emas masa bagi duit RM5 ni.
Katanya “nak beli emas pon korek tabung ke” Sis senyum je. Bila diorang keluar tanpa beli apa-apa sis cuma cakap korek tabung pon tak apa ada juga hasilnya.
Sis tak malu pon pergi beli emas guna duit RM5 (tambah duit lain klau terover shopping)
Kedai emas tu pon tau dah ha.
Dulu pun tak minat emas
Sis ada terbaca ada yang tak minat emas. Sis tak kisah cuma nak share sikit cerita sis.
Dulu mula-mula kahwin pon sis tak minat emas.
Time tu kemalangan dengan suami. Duit tak ada. Pinjam org xde yg nak tolong.
Sedih sangat, last choice sis pergi gadai cincin tunang. Dapat la suami baiki kenderaan kami.
See kita rasa kita x minat, tapi fikir panjang. Beli je simpan buat kecemasan kalau x ada duit. Sebab emas tu beli tukar jadi duit cash.
Emas makin lama makin naik. Cincin sis masa kahwin RM400 je. Sekarang harga dah dekat rm800+.
Tak rugi pon. Duit ni kalau simpan habis. Tipu la kalau x terguna sis dh try simpan duit cash. Haishh sekali keluar itu ini nak beli.
Tak nak emas goldbar pon boleh. Tapi kena ingat jangan lupa bayar zakat emas kalau dah cukup syaratnya.