Pengorbanan seorang ayah sememangnya tidak terbalas. Ayah merupakan orang yang akan sentiasa ada dengan kita dalam diam.
Walaupun nampak dia seperti tidak kisah, namun siapa sangka, dialah manusia yang sedaya upaya akan melakukan apa sahaja untuk melihat keluarganya tersenyum terutama anaknya.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah membeli sebuah mainan untuk anak tercinta mencuri perhatian ramai.
Dapat kita lihat, lelaki tersebut membeli sebuah kereta mainan di sebuah kedai yang tidak dikenal pasti lokasinya.
Namun apa yang membuatkan ramai sebak adalah lelaki tersebut sanggup meletakkan kereta mainan yang besar itu di belakangnya ekoran dia hanya menunggang motorsikal.
Dapat juga kita lihat seorang lagi lelaki yang dipercayai pekerja di kedai itu membantu melekatkan kereta mainan tersebut di badannya
Walaupun nampak susah untuk dibawa dengan menaiki motorsikal namun lelaki ini tudak menghiraukannya demi melihat anak tercinta tersenyum
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap bapanya yang berkorban demi kebahagiaan anak malah netizen juga mengatakan pasti anaknya di rumah akan tersenyum gembira melihat hadiah tersebut.
“Malu letak tepi, asal balik rumah nanti nampak anak senyum”- Netizen
Pun begitu, netizen tidak menafikan ianya sangat bahaya dan berisiko jika dibawa begitu namun netizen tetap mendoakan agar lelaki ini tiba di rumah dengan keadaan selamat.
Antara komen warga maya:
“aku pernah macm ni tahun lepas..waktu tu hujan renyai..terpaksa redah jugak sebb balik nk tengok anak happy.. perjalanan 20km”
“berkoba2 hati ayh nk balik hanya nk lihat senyuman yg terukir dari wajah si anak”
“skrg dh jd ayah utk 4 org ank..baru tahu mcmna perasaan ayah kita besarkan kita dlu”