Connect with us

Viral

Beli Tapak Kubur Siap2 Sebelum Meninggal, Harga Pakej Boleh Cecah Sehingga Ratusan Ribu Ringgit!

Seperti yang kita tahu, tiada siapa yang tahu mengenai ajal dan maut masing-masing melainkan Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, baru-baru ini satu pasangan suami isteri di Indonesia bertindak membeli tanah kubur ketika mereka masih hidup telah mencuri perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fannykondoh di laman TikToknya, dapat dilihat bahawa pasangan itu sedang melawat kawasan perkuburan terkenal di Indonesia iaitu San Diego Hills dan Al-Azhar Jakarta, Indonesia.

Namun apa yang lebih mengejutkan orang ramai adalah apabila pakej harganya yang bernilai ratusan ribu ringgit!

Difahamkan, pakej dan harga yang ditawarkan di San Diego Hills bermula dari harga RM 18,811 (single), RM 133,830 (semi-private) dan RM 249,453 (private).

Manakala di Al-Azhar pula, harga pakej bermula dari RM 11,721 bagi kematian solo (single).

Dikatakan ramai memilih tempat tersebut kerana terdapat fasiliti kemudahan seperti penjagaan landskap di tanah kubur, dan penyediaan masjid yang mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Bagi pasangan ini, kemudahan itu sangatlah penting buat mereka kerana tidak mempunyai anak untuk mendoakan kebajikan mereka setelah mereka meninggal dunia nanti.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 13.1M tontonan, 880K tanda suka, dan 5674 komen di laman platform sosial berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing mengenai pilih tanah kubur sendiri sebelum meninggal dunia.

Antara komen netizen:

“masyallah kak😭😭😭 disaat orang lain lebih berlomba² beli barang² mewah.kakak n suami lebih memilih membeli tempat peristirahatan terakhir.ketampar😭”


“masya allah…. selalu ingat dimana kita berasal ya kak…. semoga kita semua d wafatkan dalam keadaan husnul khotimah aamiin 😌”

Video TikTok yang tular:

@fannykondoh Kamu ga harus sama dan sepaham sama aku kok , belum tentu juga aku yang siapin masa depan kayak gini masuk surga juga , cuman aku memang cari peristirahatan yang khusus muslim dan aktif murotalnya , karna aku paham aku ga punya anak yang bisa doain aku nantinya , cuman intinya aku mau syiar aja kalau aku dan paksu memilih untuk siapin ini dari sekarang , saling hargain aja sih , pilihan orang kan beda beda, kalian ga harus sama juga , dan gapapa juga kok beda … 🤗#fypシ #xyzbca #vlog #minivlog #adayinmylife #adml #suamiistri #halal #alazharmemorialgarden #pemakaman ♬ suara asli – Fanny Kondoh

Continue Reading
Advertisement