Sudah menjadi kebiasaan orang kita. Bila dah kahwin je mesti si suami yang kena sediakan semua benda. Daripada segi kewangan sehinggalah kelengkapan rumah.
Namun sebenarnya tak semua masalah dan beban harus kita letakkan kepada kaum lelaki. Tak salah jika si isteri yang lebih berkemampuan ingin membantu suami mereka. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Baru-baru ini seorang isteri iaitu Najwa Roslan telah senyap-senyap merakam reaksi monyok yang diberikan oleh suaminya kerana kepulangannya tidak disambut.
Namun sebenarnya Najwa telah menyimpan hasrat untuk memberi kejutan kepada suaminya.
Kejutannya itu adalah berbentuk sebuah mesin basuh yang baru sahaja dibelinya tanpa pengetahuan si suami.
Walaupun kejutannya itu hampir kantoi, dia sempat mengalihkan perhatian suaminya itu sebelum memujuk suaminya dengan memeluk dan menunjukkan mesin basuh yang dibelinya di penjuru rumah.
Walaupun niat baik Najwa dipersoalkan oleh warganet, Najwa menjelaskan niatnya hanya untuk meringankan beban si suami. Katanya lagi, semua perkakas di rumah mereka sudah hampir lengkap dibeli oleh suaminya kecuali mesin basuh sahaja.
“To netizen dari fb dan ig. dengaq ni nk jelas. semua benda laki dh beli tinggai satu ja mesin basuh ni saya beli. niat untuk kenangan. kalau awak rasa niat nak menunjuk tu masalah hati dan pemikiran sendiri.
“Jangan bukak aib sndiri untuk orng tahu yang kita ni tak boleh orng lebih dari kita. apa pon semoga dimewahkan rezeki dan diberikan ketenangan hidup dunia dan akhirat” jelas Najwa di ruangan komen.
Oleh itu, Najwa berasa tidak salahlah kalau dia nak menolong suaminya secara tak langsung menzahirkan penghargaan kepada suaminya yang sudah bekerja keras memberikan kelengkapan untuk rumah tangga mereka.
Setakat ini, video bersemut yang dikongsi oleh Najwa telah mencapai tontonan sebanyak 1.8 juta kali! Dengan 173.8 ribu tanda suka dan 1576 komen!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang cemburu melihat hubungan mesra pasangan tersebut. Ada yang sampai nak kahwin awal selepas melihat video yang dikongsi oleh Najwa. Rata-ratanya bahagia melihat pasangan itu.
“saya muda lagi hm . tapi asyik fyp pasangan kawin je hm”
“takpelah kak,akak manja lah dengan laki akak , saya saya tengok jelah😌”
“makkk nak kawennnn 😌”