Connect with us

Viral

“Benda boleh kecoh…” Selamba Rampas Tempat Duduk Sebelah Tingkap, Jawapan Makcik Itu Buat Wanita Ini ‘Panas’

Bagi mereka yang gemar melancong dan perlu menaiki bas, mahupun kapal terbang pastinya akan memilih untuk duduk di bahagian tepi tingkap kerana dapat melihat keindahan alam yang jarang dijumpai.

Malah ada juga yang sanggup bayar lebih demi melihat suasana yang indah dan sangat menenangkan.

Pun begitu, isu ‘merampas’ seat orang lain ini sememangnya wujud bahkan apabila ditegur, kita pulak yang dimarahnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu selamba merampas tempat duduk di sebelah tingkap mengundang kecaman ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yanalee270, difahamkan dia membayar lebih untuk duduk di seat sebelah tingkap pesawat tersebut namun dia terkejut ada seorang individu yang rampas tempat duduknya.

Bukan itu sahaja, apabila dimaklumkan bahawa tempat duduk itu miliknya, jawapan yang diberikan oleh individu itu bukan sahaja buat wanita ini ‘panas’ malah membuatkan para netizen geram dengan sikap pentingkan dirinya itu.

Wanita ini juga akui tidak mengalah dan tetap mahukan tempat duduk tersebut kerana mengalami claustrophobia atau lebih mudah difahami adalah takut akan ruang yang sempit.

Jadi, duduk di bahagian tepi tingkap akan meredakan sedikit ketakutannya.

“Memang betul2 wujud rupanya orang yang sesuka hati rampas tempat duduk tepi tingkap.. memula aku masuk tu seat aku dah ada orang duduk A9”

“Bila aku cakap yang aku nak duduk boleh dia cakap ‘alah awak duduk jahh lah situ’. Aku bayar weh nak duduk tepi tingkap” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@yanalee270 #fyp #trend #perampas #flight ♬ Che La Luna – Louis Prima

@yanalee270 Reply to @sipahhhh81 #fly #flight #perampas #fyp ♬ Good Boy Remix – ℤ

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang berperangai sedemikian apatah lagi ‘jawapannya’ itu sangat menyakitkan hati.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang akui pernah berdepan dengan isu yang sama malah dimarahi semula apabila ingin duduk di tempat sendiri.

Antara komen warga maya:

“benda boleh kecoh nape nak tolak ansur. kita bayar kotttt. lawannnnnnnnn buat kecoh biar dia malu, suka2 amek seat kita”

“dia tak tahu ke,nak pilih seat kita bayar wehhh, arghhh geram”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.