Connect with us

Semasa

Bengang Disuruh Balik Rumah, Wanita Ini Doakan Polis Kena COVID-19 Ditahan

“Kerana mulut badan binasa”, antara perumpamaan yang sesuai diberikan kepada seorang wanita yang telah menyalahgunakan media sosial.

Wanita berumur 20 tahun ini didakwa telah menghina polis menerusi status di laman sosial Facebook yang dimuat naik olehnya.

Difahamkan, wanita tersebut berang apabila pihak polis menyuruhnya pulang ke rumah ketika pihak polis membuat pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul.

Gadis itu turut mendoakan anggota PDRM dijangkiti Covid

Menerusi satu posting di laman sosial Facebook, Bradder Ayim telah berkongsi kisah wanita tersebut yang didakwa telah menghina pihak polis.

Selain itu, wanita tersebut bukan sahaja menghina pihak berkuasa malah dia turut meminta agar kesemua anggota PDRM dijangkiti Covid-19.

 

Menurut, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ditahan 11.30 malam tadi di rumahnya di kawasan Pendang.

Wanita muat naik status hina Polis

“Tangkapan terhadap wanita itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat dari aplikasi WhatsApp dari rakannya 10.12 malam tadi” lapor Harian Metro.

Wanita tersebut dikatakan bernama Sahire Eyraa yang turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Ditahan dan direman selama 2 hari

“Rakannya memberitahu ada status bergambar yang dimuat naik dari Facebook pemilik bernama Sahira Eyraa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan dan direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tangkapan keempat sepanjang PKP di Kedah

Mengulas lanjut mengenai kes ini, ini merupakan kes keempat membabitkan tangkapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah.

Diharapkan ia menjadi pengajaran kepada semua. Pihak berkuasa ketika ini sedang bertungkus-lumus menjaga kesejahteraan rakyat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.