Hidup berjiran ini pokok pangkalnya haruslah bertimbang rasa dan tidak menyusahkan orang lain bagi mengelakkan bermasam muka antara salah satu sama yang lain.
Pun begitu, jiran pada masa kini seolah-olah tidak memikirkan orang lain dan akhirnya mencetuskan rasa tidak puas hati ramai.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dipercayai sengaja membina tembok untuk menghalang laluan masuk di kawasan halaman jirannya mencuri perhatian ramai.
Memetik laporan Suara Bali, jirannya itu mempunyai penyakit hati kerana sanggup membina tembok sehingga membuatkan laluan terhalang.
Difahamkan, tanah yang diduduki olehnya pada ketika ini adalah milik jirannya yang dibeli pada tahun 2013.
“Jadi saya sebelum ini tidak berhasrat untuk membina rumah di sini kerana jauh dari lebuh raya, saya takut tiada nilai, kerana akses ke kereta sukar. Tapi saya fikir bolehlah untuk buat tempat berehat bila pulang ke kampung,” katanya.
Dia tekad untuk membeli sebidang tanah dan membina rumah sendiri kerana memiliki anjing peliharaan.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati jirannya membuat satu tindakan yang tidak adil iaitu dengan membina tembok.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, kedudukan rumahnya berada di tengah-tengah antara rumah dan tanah kosong milik jirannya itu.
Selama ini jalan masuk ke jalan besar yang dilaluinya pula memerlukannya menyeberangi tanah kosong itu.
Dakwanya lagi, dia cuba mengalah tetapi jirannya mahu menjadikan tanah kosong itu sebagai kedai. Oleh itu, dia pun terpaksa membeli tanah kosong yang berada di depan rumahnya.
“Entahlah, dia kata nak tutup sebab nak buat kedai, jadi akhirnya saya tak dapat ke sana. Suka atau tak, saya terpaksa membeli tanah itu pada harga yang tidak sepadan dengan pasaran,” katanya.
Dek kerana panas hati dengan sikap jirannya itu, dia telah mengambil keputusan untuk membina tembok tinggi mengelilingi seluruh kawasan teres rumahnya dengan ketat dan hanya menyediakan satu pintu besi sebagai laluan masuk ke kawasan rumahnya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong tindakan lelaki ini yang ‘mengajar’ jiran biadapnya itu.
Video yang tular :