Connect with us

Keluarga

Berang Kena Bayar Makan, Isteri Ungkit Semua Hutang Suami Sampai Jatuh Talak 3

Dalam perkahwinan mesti ada pasang dan surut namun sebagai pasangan yang saling menyayangi, kita hendaklah susah senang bersama apatahlagi jika melibatkan wang ringgit.

Janganlah diselitkan ‘ego’ ketika mempunyai perselisihan faham sesama pasangan kerana akhirnya ego itu memakan diri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang Peguam Syarie, Amalina Adam berkongsi sebuah kisah sepasang suami isteri yang mencabar untuk bercerai kerana sentiasa hendak menang apabila berkata.

Menerusi perkongsian di Facebook, difahamkan kisah bermula apabila sepasang suami isteri berkenaan bergaduh ketika berada di kedai makan gara-gara si isteri meminta suaminya membayarkan makanan dahulu, namun lelaki tersebut terlupa untuk membawa dompetnya.

Bermula dengan tuduh-menuduh

“Suami meminta isteri membayarkan dahulu dan nanti suami bayarkan semula. Isteri pula tiada cash. Hanya kad sahaja ada, itu pun kena pergi ATM sebab kedai makan tersebut tak boleh bayar guna kad”

Namun si isteri menuduh suaminya sengaja meninggalkan dompet kerana ingin makan secara percuma.

Dalam masa yang sama, lelaki berkenaan turut menuduh isterinya sengaja tidak mahu keluarkan duit kerana ingin menyuruhnya membayar makanan berkenaan.

Mula mengungkit

Keadaan semakin ‘panas’ apabila isteri bertindak untuk mengungit tentang hutang mas kahwin serta hantaran kahwin mereka.

Si suami terkejut kerana tidak sangka rupanya isterinya tidak menghalalkan mas kahwin yang dihutang itu.

“Mas kahwin pun berhutang, pun tak selesai bayar!”

“Hantaran kahwin pun masih berhutang dengan bapa mentua.”

Jatuh talak 1

Ekoran hal itu, si suami menyatakan pada isteri dia mahu menceraikannya dengan talak satu jika isterinya sudah tidak mahu bersamanya lagi.

Namun ego mengusai diri dan isterinya mencabar suami dengan mengatakan bahawa dia ingin ditalakkan dengan talak satu.

“Jika tak mahu dekat aku lagi inform siap-siap supaya aku boleh ready talak 1.”

“Ya kalau itu kau nak, aku nak talak 1!”

Walau bagaimanapun, si suami melafazkan talak dua pada ketika itu, namun wanita berkenaan seperti tidak kisah dan mencabar suaminya lagi untuk talaknya lebih daripada talak dua.


Talak 3,4,5 aku bagi sekarang

tTnpa berfiir panjang lelaki tersebut menjatuhkan talak lebih daripada talak 2.

“Talak 2 saja? Sikit pun tak heran! Bagi lah lagi talak! Kuasa talak ada dekat kau kan!”

“Okay talak 3,4,5 aku bagi sekarang! Puas hati! Keluar dari kereta aku!”

Tanpa berkata, sang isteri bergegas keluar daripada kereta suaminya.

Difahamkan wanita itu menelefon abang kandung untuk mengambil barang-barangnya serta keluar daripada rumah mereka.

Alangkah terkejut apabila suaminya pulang ke rumah dan melihat pakaian isterinya sudah tiada.

Suami baru nak menyesal

Si suami mula menyesal dengan tindakan kurang bernasnya dan merayu agar diberikan peluang lagi sekali. Dia juga mengakui dia tidak berfikir panjang sewaktu membuat keputusan.

Suami juga dikatakan pergi ke rumah mentua untuk merayu supaya isterinya pulang ke rumah

“ibu bapa isteri tersebut mengarahkan pihak-pihak memfailkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah terlebih dahulu sebelum suaminya boleh membawa isteri pulang ke rumah semula.”

Lafaz yang jelas, jatuh talak 3

Walaubagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa lafaz suami ketika cabar-mencabar itu adalah lafaz yang jelas dan membawa kepada hukum talak dan pada ketika itu telah terjatuhnya talak 3.

Pada ketika ini, menangis airmata darah sekalipun sudah tiada guna oleh kerana nasi sudah pun menjadi bubur.

Peguam Syarie, Amalina Adam turut meninggalkan nasihat supaya berfikir dahulu berbaloi atau tidak apabila kita kehilangan pasangan kita dan hentikanlah perbalahan jika pertengkaran itu memudaratkan hubungan sebagai suami isteri.

“Tiada siapa pun apabila menang dalam pertengkaran boleh dapat hadiah ‘Malaysia’ bawa balik rumah.”

“Ego biarlah bertempat. Sia-sia cabar-mencabar yang membawa kepada talak terutamanya talak ‘bain kubro’. Kalau kita pandai jaga tangan, mulut dan cukup nafkah, percayalah perkara remeh-temeh itu tidak akan dijadikan isu besar untuk dijadikan punca bercerai.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.