Seringkali kita lihat di laman sosial bermacam-macam isu tentang penghantar makanan, ada yang memang salah itu datang dari rider sendiri malah ada juga customer yang sengaja ‘buat perangai’ dan tiada common sense.
Tidak reda lagi cerita tentang rider dibaling botol sos dan dimaki peniaga, kini timbul pula cerita baru dimana seorang wanita memarahi seorang penghantar makanan kerana enggan menghantar makanan yang dipesan ke depan pintu rumahnya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @qo_nita_tun, difahamkan dia berang dengan sikap segelintir rider yang enggan hantar makanan ke depan pintu rumah pangsapurinya.
“Dengar sini eh, kalau korang rasa korang tak boleh nak jalankan tugas korang sampai selesai, korang tak layak untuk jadi rider”
Dia juga memaklumkan dirinya sempat ‘berdebat’ di ruangan mesej bersama rider tersebut malah mengugut ingin membatalkan pesanannya itu jika rider tidak menghantar sehingga di depan pintu rumahnya.
“Kau keje kan? Kau keje kan! Kenapa kau macam tu, kau jangan bagi alasan yang kau kene hantar banyak order tempat lain. Siapa suruh kau ambik order banyak banyak..”
Bagaimana pun, perkongsian wanita ini nyata membuatkan ramai kurang senang malah menimbulkan kemarahan warga maya malah disifatkan sebagai tidak mempunyai sikap tolak ansur sesama manusia.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan tidak salah jika pelanggan mengambil sendiri makanan tersebut bagi memudahkan urusan orang lain.
Bukan itu sahaja, netizen juga menasihati wanita itu untuk lebih bertimbang rasa dengan para rider yang tidak mampu untuk naik ke rumah pelanggan di atas beberapa faktor seperti risau kecurian makananan yang ditinggalkan di dalam food box.
Antara komen warga maya:
“Saya mengandung duduk tingkat 4 pun turun ambil makanan sebab nak mudahkan kerja foodpanda.”
“Akak yang malas turun cakap je lah.”
“Tak rugi pun memudahkan urusan orang…”
“Kalau saya turun je bawah sebab rider dah tolong beli tunggu lama-lama kat kedai and bawak naik motor jauh-jauh kadang tengah panas hujan. Upah dia bukan mahal sangat so kita bertolak ansur je.”
Video yang tular di laman TikTok: