Connect with us

Viral

Berang Tunggu Bas 2 Jam, Lelaki Ini Mengamuk Sambil Rakam Driver Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk orang ramai pergi ke kerja. Ada yang menggunakan kenderaan sendiri kerana enggan bersesak ataupun beratur untuk menaiki tren atau bas.
Iospital phone repair gombak
Bahkan ada juga yang memilih untuk menaiki kenderaan awam kerana tidak mahu menghadap ‘jammed’ ketika memandu. Namun, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki agar memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana bas awam lambat sampai sehinggakan penumpang perlu menunggu sehingga 2 jam di stesen bas telah mencuri tumpuan.

Namun apa yang membuatkan ramai terkejut adalah salah seorang penumpang dilihat sangat berang dan marah kerana dia terpaksa menunggu sehingga 2 jam sambil kehujanan di stesen bas. Lelaki itu siap merakam pemandu bas dan ingin membuat aduan ke HQ.


Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen akui pihak bas awam salah dalam situasi tersebut namun itu tidak bermakna lelaki ini boleh melakukan perkara sebegitu di khalayak ramai apatah lagi merakam muka pemandu sambil menengking ke arahnya bahkan jelas itu sangat tidak beradab.

“Ya betul bas di Malaysia selalu tidak tepati masa. Tapi nak marah pemandu bas, tak tepat juga. Apa je dia boleh buat? Dia hanya cari makan macam kita” – Netizen

Bukan itu sahaja,netizen juga berharap agar orang ramai faham bahawa keadaan jalan tidak sama pada setiap hari, ada beberapa faktor yang menyebabkandia lambat tiba seperti kesesakkan lalu lintas, terhalang dengan kemalangan, hujan lebat ataupun perkara buruk yang berlaku pada bas itu sendiri seperti tayar bocor, kerosakkan pada enjin dan sebagainya.

Antara komen wargamaya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement