Connect with us

Viral

“Beraninyaa..” Bawa Anak 5 Bulan Pergi Hiking, Bapa Tenang Dukung Bayi Tanpa Guna Carrier

Mendaki gunung ataupun bukit dikategorikan dalam aktiviti lasak dan tidak dinafikan, ramai diantara kita yang sangat gemar melakukan aktiviti ini tidak kiralah secara ‘solo’ ataupun berkumpulan seperti bersama kawan ataupun ahli keluarga.
Iospital phone repair gombak

Pun begitu, Hiking sambil membawa anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila aktiviti lasak ini memerlukan kita untuk memanjat dan meredahi hutan berliku.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pendaki yang dikenali sebagai @syareelizamali di laman TikTok berkongsi rakaman bertembung dengan seorang lelaki yang mendukung bayi semasa hiking mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di laman TikTok, Syareel akui berasa kagum melihat lelaki tersebut yang gigih membawa anak berusia sekitar 5 bulan hingga kepuncak Bukit Gasing.

Menurut lelaki berkenaan, dia terpaksa membawa si kecil itu memandangkan pasangannya turut hiking bersama dan apa yang lebih menarik adalah, bayi tersebut pernah dibawa ke beberapa kawasan pendakian yang lain termasuklah Bukit Broga.

“Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya..” Ujarnya di ruangan kapsyen

Syareel juga sempat berseloroh mengatakan sesiapa yang gemar memberikan alasan untuk mendaki bukit kerana keletihan perlu melihat video tersebut sebagai inspirasi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata waraga netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut malah ada juga yang meluahkan rasa risau terhadap keselamatan anak kecil itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut mencadangkan agar lelaki tersebut menggunakan ‘baby carrier’ jika ingin membawa budak tersebut sewaktu hiking.

Antara komen warga maya:

“Berani eh bawak baby masuk hutan”

“Tak kesah nak bawa baby tapi pakai la baby carrier”


“Aku nak bawa anak aku depan rumah aku pun mak aku bising.. ini kan nak pergi hiking”

“Bahaya bang.. kadang ada track yang curam dan kena pegang sesuatu di sekeliling untuk daki.. ”


Video yang tular di laman TikTok:

@syareelizamali Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature #hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp ♬ original sound – SIA

Continue Reading
Advertisement