Connect with us

Semasa

“Berapa lama Ainul akan berada di london?” Ini Jawapan Ayah Ainul Mardhiah

Semua rakyat Malaysia pastinya sudah tahu tentang pembedahan adik Ainul Mardhiah yang telah berjaya dijalankan di London.

Ainul yang menghidap Germ Cell Tumor telah dibawa ke UK dengan bantuan Dr. Amalina Che Bakri untuk rawatan pakar.

Dengan izin Maha Pencipta, tumor seberat 200g telah berjaya dikeluarkan dari mulut Ainul dan sekarang sedang berada dalam pemerhatian doktor di ICU.

Namun masih ramai yang tertanya-tanya berapa lama lagi Ainul akan berada di sana dan bila akan pulang ke Malaysia.

Ini penjelasan ayah Ainul MArdhiah, Ahmad Safiuddin:

Soalan 1 : Berapa lama ainul akan berada di london?

Jawapan 1 : kami tidak pasti. Dengar khabar, mungkin sebulan, mungkin lebih atau mungkin kurang dari sebulan.

Mereka di sini mahu pantau ainul dulu. Mereka mahu pastikan bahawa ketumbuhan itu tidak akan datang semula ( Semoga Allah jauhkan ). Jika mereka yakin yang Ainul bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini ( berulang ), mungkin Ainul boleh balik.

Sebenarnya, kami sebagai penjaganya boleh sahaja minta ainul segera dibawa pulang. Tapi, demi kebaikan ainul, kami akan selesaikan semua perkara penting di sini sebelum ainul dibawa pulang ke tanah air.

Baca: [VIDEO] Ainul Mardhiah Sudah Sedar, Ini Video Terbarunya Selepas Pembedahan

Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putuskan bilakah masa sesuai untuk ainul keluar dari hospital.

Untuk masa terdekat ini, Ainul perlu dijaga dengan rapi, banyak perkara perlu diteliti selepas buat pembedahan.

Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan ainul akan ada fasa “Belajar makan guna mulut”.

Doktor di sini mungkin akan cuba mengajar ainul makan menggunakan mulut. Selain pernah memiliki ketumbuhan, ainul juga memiliki cleft palate ( Sejak lahir ).

Surgery untuk cleft palate ini mungkin akan dibuat selepas ainul dapat berat badan yang sesuai ( 6kg – 8kg ).

Soalan 2 : Bila ainul boleh balik malaysia?

Jawapan 2 : Bila semua di atas telah selesai, kami akan bawa ainul pulang ke tanah air berjumpa ibu dan ayahnya yang baru

Doakan Ainul Mardhiah ya. Saya yakin, jika ainul boleh bercakap sekarang, mungkin dia akan ucap terima kasih kepada kalian semua.

Sekarang ini, ucapan terima kasih itu ditunjukkan melalui kesihatan dan kekuatannya.

 

Continue Reading
Advertisement
2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Dituduh Ikut Hawa Nafsu Bawa Anak ke UK, Ini Jawapan Ayah Ainul Mardhiah | YOY Network

  2. Pingback: [FOTO] "Comel tak saya hari ni" Gambar Terbaru Ainul Mardhiah Dipakaikan Baju Comel | YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.