Connect with us

Viral

Beratur Dua Jam Nak “Swab Test”, Sampai Giliran Rupanya Wanita Tersilap Beratur Gerai Ayam Panggang Buat Netizen Terhibur

Sejak wujudnya pandemik C-19 di seluruh dunia, kita lebih menitik beratkan hal kesihatan. Tidak kira lah di negara mana sekalipun, rakyat lebih cenderung untuk melakukan swab test bagi mengenal pasti status terkini sama ada bebas virus ataupun sebaliknya.

Setidak-tidaknya kita boleh melakukan kuarantin kendiri bagi mengelakkan ahli keluarga ataupun kenalan turut dijangkiti C-19.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita di China menghabiskan masa 2 jam beratur di tempat yang salah mencuri perhatia ramai.

Memetik laporan Mothership, difahamkan wanita ini ingin membuat ujian saringan namun tidak menyedari bahawa barisan panjang yang disertainya adalah barisan orang ramai beratur untuk membeli ayam panggang.

Apa yang lebih membuatnya sakit hati adalah, dia bangun seawal pagi untuk mendapatkan ujian saringan tersebut. Pada hari berkenaan, dia melihat barisan yang panjang berhampiran hospital dan tanpa memikirkan hal lain, dia terus beratur di belakang.

Namun siapa sangka, setelah mengahbiskan masa selama 2 jam, dia menyadari bahawa barisan yang dia sedang beratur itu bukanlah barisan untuk membuat ujian swab test malah ianya merupakan barisan untuk membeli ayam panggang!

Memandangkan penat beratur panjang, dia mengambil keputusan untuk membeli dua set ayam panggang tersebut dan terus pulang ke rumah. Bak kata pepatah, alang-alang menyelup pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Rata-rata warga netizen terhibur melihat kejadian ‘tersalah beratur’ itu sehingga perlu bertukar tujuan. Boleh pula beratur dekat lane ayam panggang! hehehe

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang menyifatkan ianya adalah content semata-mata kerana lokasi hospital dan ayam panggang itu bukanlah di tempat yang sama.

“”Hahahahahaha so funny! How good is this roast chicken?” kata warga maya

“The queue for the roast chicken and the hospital are not at the same location. There are queues for Wu Shan roast chicken every day. Could this be a skit?” ujar seorang netizen

“Remember to keep a safe distance, even though it’s for buying roast chicken.” pesan warganet

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.