Connect with us

Semasa

“Tolong jaga..” Bayi Berbalut Tuala Hijau di Pintu Pagar Bersama Sekeping Nota

Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibalut dengan tuala berwarna hijau telah ditemukan oleh seorang lelaki.

Bayi tersebut telah ditemukan di pintu pagar Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang, Jelutong.

Bayi ditemui bersama sekeping nota

Memetik laporan Harian Metro, bayi tersebut dipercayai baru sahaja dilahirkan ketika ia ditemui.

Selain itu, ketika bayi tersebut dijumpai, sekeping nota turut diselitkan bersama bayi lelaki tadi.

Tolong jaga budak ini

Sekeping nota yang dipercayai daripada keluarga bayi berkenaan tertulis ‘Tolong jaga budak ini’

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, bayi malang itu ditemui oleh lelaki berusia 43 tahun ketika melawat rakan lamanya di persatuan berkenaan jam 7.40 malam.

Bayi tidak menangis dan dalam keadaan baik

Jelasnya lagi, semasa membuka pintu utama berhampiran pagar persatuan, lelaki terbabit terlihat sesuatu yang dibaluti dengan tuala hijau dan ditinggalkan di jalan.

“Ketika ditemukan, bayi berkenaan tidak menangis dan dalam keadaan baik sebelum membawa bayi itu masuk ke dalam persatuan bagi dipakaikan lampin dan pakaian.”

Susu formula turut diberikan kepada bayi berkenaan

“Rakan lelaki berkenaan yang ada di persatuan itu juga turut memberi susu formula kepada bayi terbabit,” kongsinya lagi.

Menurut Soffian berkata, bayi berkenaan kemudian dibawa menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan mengalami jaundis.

Kamera litar tertutup tidak berfungsi pada hari kejadian

“Kamera litar tertutup (CCTV) di situ tidak berfungsi pada hari kejadian namun terdapat satu lagi CCTV berhampiran kawasan itu yang dipercayai boleh membantu siasatan.”

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-4735105 atau menerusi WhatsApp rasmi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut di talian 0195641822 atau ke balai polis yang berhampiran,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib bayi tersebut dan bersyukur bayi tersebut telah ditemui dalam keadan baik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.