Para peminat dunia hiburan tanah air pastinya tersentak dengan berita perpisahan di antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim semalam.
Rata-rata peminat mereka seperti tidak mempercayai dengan apa yang berlaku kerana pasangan ini boleh dikatakan tidak pernah mempunya masalah sebelum ini.
Rentetan daripada itu, seorang pengguna Facebook, Mcyah Joanjett telah membuat luahan tentang isu ini .
Tulisan bliau telah menerima lebih lima ribu likes dan lapan ribu shares sehingga kini.
Berikut adalah perkongsian beliau.
________
First time saya lihat artis yang sangat serasi dan penyayang antara mereka berlaku perpisahan yang merentap perasaan diantara keduanya.
Fizo seperti tidak mampu melepaskan mawar. Masih membuat posting gambar bersama mawar dan kata-kata yang ditulis amat mengusik jiwa setiap yang membaca.
Jauh di sudut hati kedua pasangan ini masih menyimpan rasa kasih dan cinta. Perpisahan yang berat untuk diharungi. Berbeza dengan kes-kes penceraian lain.
Tambahan pula mawar mengeluarkan penyataan bahawa “Dia sudah cuba mencari keserasian dengan keluarga fizo namun harini dia sanggup korban kasih sayangnya kepada fizo demi kebahagiaan keluarga fizo”.
Fizo juga menyatakan “Dia masih sayang dan kasih pada mawar, dia mengucapkan terima kasih kepada mawar kerana menjadi isteri dan ibu terbaik kepada anak mereka. Fizo berkata dia banyak terhutang budi kepada mawar kerana mawar sangat baik”.
Selain itu, posting di ig mawar yang bertarikh 29 june iaitu 2weeks sebelum penceraian mereka tertulis “Bagi saya sebaiknya setiap masalah dihadapi biarlah hanya suami isteri dan seeloknya jika tidak hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campurtangan, perhubungan akan menjadi lain”.
Komen salah seorang follower di ig yang menyatakan “kurang komunikasi dan campur tangan keluarga juga menjadikn keretakan rumahtangga” dan mawar membalas “BETUL TU SIS”.
Saya harap, ibu bapa dan keluarga janganlah campur tangan urusan rumahtangga anak menantu.
Jika tidak suka, simpanlah dihati. Jangan dibenci. Suatu hari, yang dibenci itulah akan membantu mu tatlaka kesusahan.
Jangan jadi ibubapa atau iparduai yang merampas kebahagiaan zahir dan batin anak menantu.
Apapun, percaturan Allah adalah yang terbaik. wallahualam.
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.